BERTABAHLAH ISMAIL SABRI, BERJUTA RAKYAT BERSAMAMU

 




Tidak sukar untuk difahami kenapa seorang Perdana Menteri boleh dihina dan dimusuhi terang-terangan di pentas perhimpunan UMNO.


Amat mendukacitakan bagi sesiapa yang mengikuti episod politik YAB Perdana Menteri yang punya integriti dan amanah dalam melaksanakan tugas.


Sudahlah ke hadapan memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang selepas UMNO kecundang dalam PRU-14. Kemudian hanya beliau sahaja yang boleh diharap sebagai pemimpin bersih untuk memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri ke-9 berbanding sosok lain.


Akhirnya apabila Ismail Sabri tidak menunjukkan tentangan kepada hukuman penjara Najib Razak, beliau pula dicaci dan disuruh ‘keluar’ dari UMNO hanya kerana tidak mahu bersekongkol.


Hanya kerana PM Ismail Sabri tidak menyalahgunakan kuasa untuk mencampuri urusan mahkamah,  beliau menerima tomahan dan terpaksa menjadi ‘asing’ dari UMNO. Seolah-olah beliau penjenayah sebenar.


Kompas moral UMNO benar-benar gelong dan lari dari realiti sehingga satu Taklimat Khas Presiden UMNO dijuruterakan untuk memporak-perandakan sesama sendiri menjadi medan menghina seorang Perdana Menteri yang tidak bersalah.


Ada sahaja dalam kalangan penyokong UMNO yang tidak berpendirian serupa. Di luar UMNO yang jelas tercatat di media sosial, rakyat zahirkan sokongan kepada YAB PM kerana berpegang dengan janji untuk pemisahan badan eksekutif dan institusi perundangan serta kehakiman. Tetapi pentas UMNO sudah jelas disalahguna bukan untuk kepentingan negara.


Begitukah hala tuju bahtera parti keramat yang melaung isytihar sendiri sebagai pejuang agama, bangsa, dan negara?


Jika ya, ini adalah hal yang amat malang bagi seorang Perdana Menteri yang tersepit antara kiblat serong parti, serta aspirasi kemahuan rakyat dan kesaksamaan undang-undang.

Rakyat simpati sungguh pada Ismail Sabri. 

Diperlakukan sebegini oleh parti sendiri. 

Semoga beliau terus teguhkan pendirian dan tahu bahawa rakyat sedang memberikan sokongan kepada prinsip dan janji beliau.


Rakyat tetap bersama mu. Pemimpin berintegriti.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA