DATO SERI PRESIDEN DAN YAB PERDANA MENTERI SUMBER KEKUATAN UMNO BANGKIT SEMULA
Semalam hari yang suram buat UMNO. Parti keramat ini kehilangan satu figura yang cukup penting buat kita.
Sekarang, lebih dari masa-masa yang lain, UMNO perlu bersatu. Sekarang, bukan masa untuk berpecah-belah. Sekarang, masa untuk kita bangkit.
Tangan yang sibuk digunakan untuk menuding jari ke arah mana-mana pemimpin parti lebih baik digunakan untuk membina semula UMNO.
Persetankan Lokman Adam. Abaikan mana-mana suara penghasut yang cuma mahu menanam bibit kebencian sesama kita.
Dato Seri Presiden dan YAB Perdana Menteri perlu berganding bahu memimpin parti demi agama, bangsa dan negara.
UMNO mungkin sudah kehilangan seorang pemimpin semalam. Namun, yang tidak akan hilang daripada UMNO ialah darah perjuangan.
Darah pejuang ini mengalir dalam tubuh Dato Seri Presiden dan YAB Perdana Menteri. Darah ini yang diwarnakan pada panji parti yang berkibar megah sejak 1946.
Dato Seri Presiden akan terus membina kubu bagi mempertahankan parti daripada serangan luar dan dalam.
Sementara YAB Perdana Menteri akan terus menambah keyakinan rakyat bahawa UMNO ialah satu-satunya parti yang ada untuk mereka. Tiada yang lain.
PWTC dan Putrajaya perlu diperkukuh demi UMNO dan Malaysia.
Ini bukan sekadar seruan untuk kita bangkit. Ini satu sumpah.
Demi agama, bangsa dan negara, HIDUP UMNO!

Comments
Post a Comment