DESAKAN PPBM UNTUK JAWATAN TPM AKAN JADI SEBAB UTAMA PEMBUBARAN PARLIMEN SEGERA

 




1. Ketua Puteri UMNO Zahida Zarik Khan sudah meminta Pilhan Raya diadakan dengan segara pada 31 Julai 2022. 


2. Pada 3 Ogos 2022 pula tiga indikator tekanan untuk PRU sudah berlaku. Shamsul Annuar Nasarah pula sudah meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga & Sumber Asli. Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan rasmi di Facebook menuntut supaya PRU disegerakan. Lokman Adam pula membuka Facebook Live dengan tajuk Bubar Parlimen Sekarang. 


3. Pada hari ini iaitu 4 Ogos 2022 , Dato Hamzah pula hendak berjumpa dengan Ismail Sabri untuk meminta jawatan TPM. 


4. Presiden UMNO tidak akan sesekali setuju dengan TPM PPBM. Tanpa TPM PPBM pun mereka kini sedang desak untuk membubarkan parlimen dalam masa terdekat. 


5. Sekirannya TPM dilantik maka MKT UMNO akan desak bubar parlimen kerana melantik TPM dari PPBM.


6. PPBM hanya akan membuat kerja sia - sia demi memenuhi tuntutan Azmin kerana kini hanya berbaki beberapa bulan sebelum PRU. 


7. Jika sekalipun TPM dilantik pada hari ini maka keesokan juga ahli parlimen UMNO yang tidak bersetuju akan tarik diri daripada menyokong kerajaan sedia ada. Apa maknanya hasrat TPM tercapai tetapi menjadi TPM tidak lebih daripada sehari?


8. Desakan PPBM secara berterusan tanpa membaca perkembangan dan suhu politik terkini akan menjadi punca UMNO bubarkan parlimen dengan segera. 


9. Keputusan pembubaran parlimen kini terletak pada tangan PPBM. Hendak jawatan TPM atau lanjutkan lagi jedah masa PRU? 


10. UMNO siap sedia untuk tekan butang pada bila - bila masa sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA