HADIAH HARI KEMERDEKAAN BUAT PENJAWAT AWAM



Peningkatan kadar inflasi negara sebanyak 4.4% tidak mematahkan kudrat Dato Seri Ismail Sabri untuk memperjuangkan nasib pegawai perkhidmatan awam di negara Malaysia. Di sebalik merencana pelbagai usaha ke arah pemulihan ekonomi,Dato Seri Ismail Sabri turut mengumumkan beberapa inisiatif untuk membantu pegawai perkhidmatan awam seperti yang beliau umumkan ketika Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam.


Ketika majlis tersebut,Dato Seri Ismail Sabri telah mengumumkan kenaikan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai (GCR) kepada 180 hari. Beliau juga menambah sebanyak 15 hari Kadar Cuti Rehat Khas dan perluasan tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod untuk urusan kematian ahli keluarga terdekat. Tidak cukup dengan itu,beliau juga mengumumkan pemberian pergerakan gaji tahunan kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum,bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 dan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 dibayar kepada anggota Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen.


Inisiatif ini pastinya bertujuan untuk menjamin kelangsungan hidup khususnya buat 1.6 juta pegawai perkhidmatan awam. Tindakan Perdana Menteri ini adalah sangat tepat dan pemurah meskipun di saat negara sedang susah. Kita percaya kebijaksaan beliau dalam mengemudi haluan negara ibarat menarik rambut dalam tepung,rambut tak putus,tepung tak berselerak. Semoga inisiatif ini dapat memberi manfaat buat Keluarga Malaysia yang sentiasa menjadi keutamaan negara.


Ternyata, Ismail Sabri pemurah di saat negara sedang susah.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA