ISMAIL SABRI DAN SARAWAK BERPISAH TIADA
Selepas 58 Tahun Pembentukan Malaysia, MA63 Akhirnya Jadi Sebahagian Daripada Perlembagaan Persekutuan dalam era kepimpinan Ismail Sabri sebagai PM-9.
1 ) Apabila Ismail Sabri memegang jawatan Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021, semasa mesyuarat Kabinet pertamanya, beliau mengumumkan bahawa semua usaha sedia ada mengenai MA63, yang berkaitan dengan hak Sabah dan Sarawak, akan terus diteruskan di bawah kepimpinannya.
2) DSIS memberi maruah dan pengiktirafan kepada Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada Malaysia yang tidak pernah dilakukan oleh mana - mana kepimpinan sebelum ini.
3) Ismail Sabri juga pernah memberikan sebanyak RM4.47 Bilion untuk Sarawak melalui peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12. Jumlah ini juga merupakan angka tertinggi berbanding dengan negeri lain.
4) Perluasan JENDELA sekitar RM 4.09 Bilion akan diperuntukan untuk teknologi 5G di Sarawak dalam jangka masa tempoh 5 tahun.
5) Sebelum ini juga , Ismail Sabri mengarahkan supaya 1,022 sekolah daif di seluruh Sarawak untuk dinaik taraf dan dibaik pulih dengan peruntukan sebanyak RM2.16 bilion.
6) Fasa 2 Pan Borneo yang bernilai RM16.1 bilion terhenti kerana dibatalkan Pakatan Harapan tetapi disambung kembali oleh DSIS apabila beliau menjadi PM. Projek ini adalah bukti komitmen kepimpinan kerajaan Ismail Sabri dalam membangunkan rangkaian jalan raya serta menaik taraf jalan raya di kawasan pendalaman Sarawak.
7. Peruntukan RM5.77 bilion telah disediakan di bawah RMK-12 bagi membangunkan dan menaik taraf sekolah serta institusi pendidikan di Sarawak.
8. Seramai 867,967 Keluarga Malaysia Di Sarawak Terima Inisiatif BKM yang melibatkan peruntukan sebanyak RM745 juta.
9. DSIS juga mengarahkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk menyediakan peruntukan sebanyak RM13.4 bilion bagi pembangunan prasarana dalam memastikan keselesaan dan kesejahteraan rakyat di negeri Sarawak.
10. Peruntukan sebanyak RM695.5 juta untuk enam projek pembinaan hospital dan klinik dilaksanakan untuk dilaksanakan melibatkan tambahan bangunan, kelengkapan perubatan serta kuarters di negeri Sarawak.
Salam Keluarga Malaysia

Comments
Post a Comment