ISU LEGASI KAPAL PERANG TIDAK HALANG ISMAIL SABRI UNTUK JAYAKAN DASAR EKONOMI DAN MENURUNKAN ANGKA PENGANGGURAN



Kadar pengganguran terkini negara Malaysia adalah pada kadar 3.8%. Statistik ini adalah angka paling rendah selepas negara diserang dengan krisis kesihatan.


Indikator positif ini memberi gambaran bahawa negara sedang menuju ke arah pemulihan ekonomi untuk mencapai unjuran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 5.5 peratus sehingga 6.5 peratus bagi tahun 2022. 


Sebanyak 600,000 peluang pekerjaan disediakan pada tahun 2022 dengan peruntukan RM4.8 bilion melalui Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia yang bertujuan mendukung matlamat menurunkan kadar pengangguran.


3 Strategi Ismail Sabri Mengatasi Masalah Pengganguran 


Usaha beliau merangkumi tiga program utama iaitu Insentif Penggajian, Inisiatif Latihan dan Penempatan Jangka Pendek atau MySTEP dan Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran (Upskill Malaysia).


i) Insentif Penggajian dilaksanakan oleh Perkeso dengan sasaran sebanyak 300,000 peluang pekerjaan.


ii) MySTEP pula menawarkan 80,000 peluang pekerjaan dalam sektor awam, syarikat milik Kerajaan (GLC) dan rakan-rakan strategik serta JaminKerja.


iii) Upskill Malaysia yang dilaksanakan HRD Corp pula menyediakan latihan kemahiran untuk pencari kerja bagi menjamin penempatan pekerjaan dengan sasaran 220,000 pelatih.


Dalam pada itu , kadar pengangguran dalam kategori kalangan belia yang berusia 15 hingga 40 tahun di seluruh negara menunjukkan penurunan kepada 5.3% bagi suku pertama tahun ini berbanding 5.9% dalam tempoh sama tahun lepas.


Penurunan sebanyak 5% dalam jangka masa kurang setahun merupakan sesuatu keajaiban Dalam sejarah prestasi ekonomi negara . 


Natijahnya , kerajaan Keluarga Malaysia berjaya menyelesaikan permasalahan Rakyat dan memulihkan ekonomi di landasan yang betul.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA