JAUHKAN LOKMAN ADAM DARIPADA UMNO
UMNO tidak memerlukan seorang pengkhianat Sulu, pemfitnah bersiri, katak politik dan agen pemecah belah. UMNO tidak memerlukan parasit yang menumpang tubuh parti hanya untuk menyerangnya.
UMNO tidak, terlalu tidak memerlukan Lokman Adam.
Dalam sesi Facebook Live semalam, Lobakman membangkitkan beberapa tohmahan yang dungu dan dangkal. Ayuh kita jawab satu per satu tuduhan si Lobak.
1. Ismail Sabri bersekongkol dengan Bersatu
Kalau benar, kenapa sampai ke hari ini Bersatu masih dahagakan jawatan Timbalan Perdana Menteri? Kenapa Zuraida Kamaruddin masih mengekalkan jawatan kabinet beliau meskipun sudah meninggalkan Bersatu? Kenapa tidak kementerian tersebut dihuni oleh wakil Bersatu yang lain?
2. Ismail Sabri bekerjasama dengan Pakatan Harapan
MOU hanya ditandatangani bagi menjunjung perintah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) agar kerjasama rentas kepartian diadakan. Berkat MOU, banyak usaha dwi-partisan berjaya diluluskan seperti RUU Anti Lompat Parti, MA63, Bajet 2022, RUU Antigangguan Seksual dan lain-lain. Malah, sebenarnya Lokman lebih layak dituduh berselimut dengan Anwar memandangkan dia pernah sanggup dipenjara di bawah ISA demi sayang dan setia terhadap pemimpin PKR itu.
3. Ismail Sabri berjumpa dengan Mahathir
Kalau tuduhan ini betul sekalipun, apa masalahnya? Setiap pemimpin tertinggi UMNO pernah bertemu dengan Tun. Jangan risau, Tun dan parti barunya yang saya terlalu malas untuk google namanya sudah terlalu tidak relevan.
4. Ismail Sabri tidak mahu membubarkan Parlimen segera
Kuasa perogatif untuk membubarkan Parlimen ada pada Perdana Menteri dengan perkenan YDPA. Adakah dalam hal ini Lokman mahu katakan Ismail Sabri bersubahat dengan YDPA? Ismail Sabri sudah beri 2 kondisi untuk membubarkan Parlimen. Satu, sekiranya kajian sikap daripada Wanita BN menyebelahi parti. Dua, sekiranya Top 5 UMNO bersetuju.
5. Ismail Sabri tidak mahu menyelamatkan Najib dan Zahid.
Satu-satunya perkara yang boleh dilakukan Ismail Sabri untuk menyelamatkan dua figura tersebut ialah dengan mendoakan kesejahteraan mereka. Ismail Sabri, dan mana-mana pemimpin tidak boleh mencampuri urusan mahkamah. Badan kehakiman perlu bebas daripada sebarang bentuk campur tangan daripada badan eksekutif dan legislatif. Ini doktrin asas pengasingan kuasa.
Daripada UMNO pecat Ismail Sabri, jauh lebih baik UMNO pecat kamu, wahai Lokman. Kepada ahli UMNO di luar sana, sekiranya anda terserempak dengan Lokman Adam dan ular, keputusan yang bijak ialah untuk memijak si Lobakman terlebih dahulu.

Comments
Post a Comment