LOKMAN ADAM PERLU MOHON MAAF : NAJIB DIBENAR PINDA NOTIS USUL MOHON MASUK BUKTI TAMBAHAN
Mahkamah Persekutuan membenarkan Datuk Seri Najib Razak meminda notis usul dalam permohonannya bagi memasukkan bukti tambahan berhubung keterangan beberapa individu ke dalam rayuan akhir penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Sebelum ini Lokman Adam terus menyebarkan cerita palsu dan fantasi dongeng seolah - olah Ismail Sabri hendak bertindak zalim kepada Najib Razak.
Pelbagai cerita seperti segala permohonan akan ditolak akhirnya terbukti DSIS tidak pernah mencampuri hal urusan kehakiman dan perundangan negara.
Kita perlu tahu kerajaan BN hari ini berbeza dengan Pakatan Harapan apabila PH sendiri gugurkan kesemua kes yang melibatkan pemimpin mereka.
Jangan terus biarkan Lokman Adam meneruskan agendanya untuk meretakkan perpaduan dalam kalangan akar umbi Barisan Nasional.
Kita sepatutnya bersatu untuk lawan musuh yang sebenar dan bukannya tikam kepimpinan dalaman seperti mana yang sedang dibuat olehnya.
Kita perlu tahu hakikat sejarah perjuangan politik Lokman Adam tidak pernah konsisten.
Yang menyokong Anwar dahulu pun dia dan yang menentang Anwar kini pun dia.
Yang menentang Zahid dulu pun dia dan yang menyokong Zahid kini pun dia.
Tindakan Disiplin Mengikut Perlembagaan UMNO Perlu Diambil Terhadap Lokman Adam
"Perkara 11 Tataetika Ahli pula memperuntukkan bahawa ahli boleh dikenakan hukuman di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan jika didapati melakukan salah laku di bawah Perkara 5.3 Tataetika Ahli iaitu menerbit, menyiar atau menulis apa saja risalah atau karya secara langsung atau tidak langsung yang mempunyai unsur menyokong, memfitnah, mencela, mengeji atau mengandungi kenyataan palsu terhadap mana-mana ahli parti yang disiarkan melalui media massa, elektronik atau internet dengan tujuan mengelirukan seseorang berkenaan ahli yang lain"
"Perkara 5.4, iaitu membuat kenyataan mengenai seorang ahli yang lain yang boleh merendahkan reputasinya dalam masyarakat atau menyebabkan masyarakat menghindari atau mengelaknya"

Comments
Post a Comment