PDRM PERLU BUKA KERTAS SIASATAN DAN TANGKAP LOKMAN ADAM SEBAB MENGGANGU KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG




Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan kuasa membubarkan Parlimen terletak atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong.


Dalam Perlembagaan (Persekutuan) Artikel 40 ialah kuasa Kabinet untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dan dalam artikel itu juga menyatakan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong untuk boleh tidak membubarkan Parlimen. 


Tiada peruntukkan dalam perlembagaan yang memberi kuasa kepada Lokman Adam berkaitan hal isu pembubaran parlimen. 


Lokman Adam tidak seharusnya mencampuri dan mendahalui dalam isu berkaitan dengan budi bicara YDPA. 


Segala tindakan Lokman Adam dengan terbuka mencabar kuasa budi bicara YDPA adalah satu penghinaan kepada institusi beraja.  


Perbuatan menghina kedaulatan institusi raja di Malaysia perlu dibendung dengan segera.


Sesiapa sahaja yang menghina YPDA seharusnya diambil tindakan di bawah peruntukan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


PDRM diminta juga untuk menahan Lokman Adam mengikut peruntukan Seksyen 8 (2) dan Seksyen 11 Akta Hasutan 1948. 


Oleh sebab itu , diminta rakyat Malaysia perlu membuat laporan polis beramai - ramai kepada sesiapa sahaja yang menghina kedaulatan YPDA.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA