PERDANA MENTERI DIHINA DAN DICACI DI PENTAS PERHIMPUNAN UMNO...KENAPA?





Perdana Menteri dihina dan dicaci di pentas perhimpunan UMNO… Kenapa???


Kerana PM mempertahankan perlembagaan persekutuan iaitu doktrin pengasingan kuasa… Menghormati kebebasan dan tidak campurtangan di dalam urusan mahkamah.


1. Taklimat khas Presiden UMNO yang diharapkan menjadi pentas penyatuan orang Melayu bertukar menjadi ‘porak peranda’ apabila pentas UMNO dijadikan medan untuk menghina Perdana Menteri.


2. PM dihina hanya kerana satu


“PM Ismail Sabri tidak menyalahgunakan kuasa untuk mencampuri urusan mahkamah…”


3. Sebegitu busuk pemikiran orang-orang yang menghina kerana halal bagi mereka kejahatan, haram pula bagi mereka kebaikan.


4. Sebegitu busuk kata-kata yang dilemparkan ibarat sebutan lidah dari ahli neraka yang ingin menarik orang lain melakukan kejahatan sama dengannya.


5. Inikah UMNO yang dikatakan pejuang rakyat, pejuang bangsa dan pejuang agama?


6. Di media sosial, rakyat zahirkan sokongan kepada PM kerana berintegriti dalam memegang kuasa namun sebaliknya di pentas UMNO, mereka zahirkan kecaman kepada PM.


7. Sedih dan kasihan melihat seorang Perdana Menteri yang sebegitu baik, integriti, dan rajin dalam melaksanakan tugasnya disuruh ‘keluar’ dari UMNO hanya kerana tidak lakukan ‘jenayah’ yang UMNO agung-agungkan.


8. Syabas PM… Teguhkan pendirian… Kekalkan dengan prinsip… Kami tetap bersama dan menyokong PM.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA