PERDANA MENTERI TIDAK MELUPAKAN TULANG BELAKANG NEGARA
1. Menjelang sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke 65, Perdana Menteri Malaysia memulakan hari dengan memberikan ruang penghargaan yang besar kepada tulang belakang negara di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam. Impian Keluarga Malaysia mestilah dimulakan terlebih dahulu dengan membela kebajikan keluarga yang berkerja untuk negara.
2. Tidak salah untuk saya katakan bahawa golongan penjawat awam ini adalah golongan yang paling banyak berikhtiar dalam memastikan negara terus bergerak dalam keadaan kemelut politik dan pandemik yang berpanjangan. Kini apabila kestabilan sudah mula dirasai, saya percaya ganjaran yang sewajarnya memang patut diberikan untuk dijadikan sebagai insentif untuk menambahkan semangat pekerja sektor awam negara.
3. Soroton lampu tinggi sudah tentu kepada pengumuman YAB Perdana Menteri yang telah memperuntukkan Rm1.3 billion sebagai bantuan khas sebanyak RM700 kepada penjawat awam di bawah gred 56 dan bantuan khas RM300 sebagai bantuan khas kepada golongan persara pada Januari 2023. Sudah tenti ini boleh dianggap sebagai bonus tambahan kepada penjawat awam yang sudah tentu boleh menggunakan wang tambahan ini untuk kegunaan keluarga terutamanya anak-anak yang hendak memulakan persekolahan sesi baru.
4. Selain bantuan tunai terus di atas, PM juga turut memberikan pembiayaan percuma insurans kenderaan bagi penjawat awam dan perlindungan RM100,000 bagi peminjam baru LPPSA yang terlibat dengan kemalangan jiwa. Malah sebagai kelangsungan masa depan penjawat awam, PM juga telah menjanjikan untuk mengkaji semula sistem saraan penjawat awam yang bersesuaian dengan kemampuan kewangan negara. Sudah tentu perubahan positif yang bakal mendatang dengan melihat kepada kadar pertumbuhan KDNK negara yang semakin rancak.
5. Malahan penjawat awam yang sibuk dan rajin juga kini dibenarkan untuk menebus cuti dengan award wang tunai sehingga maksimum jumlah cuti 180 hari. Sudah tentu ini disukai oleh penjawat awam yang tidak sempat menghabiskan baki cuti mereka atas tuntutan tanggungjawab kepada negara. Untuk golongan guru juga disediakan penambahan cuti untuk memastikan para pendidik mendapatkan rehat yang secukupnya setelah melalui musim pendidikan yang mencabar.
6. Saya yakin ganjaran ini adalah ganjaran lapisan pertama oleh PM kepada penjawat awam. Dengan pertumbuhan ekonomi yang semakin baik, semakin banyak rezeki yang boleh diraikan bersama. Sudah tentu penjawat awam hanyalah golongan sasaran pertama dan limpahan nikmat negara ini akan turut diumumkan oleh PM kepada sektor lain-lain dalam masa terdekat.
Apa pun, buat masa sekarang, terima kasih YAB Perdana Menteri.

Comments
Post a Comment