Prestasi Ekonomi Negara Penunjuk Utama Kejayaan Ismail Sabri Sebagai PM
1.0 Lonjakan KDNK 8.9%
Lonjakan prestasi KDNK negara merupakan bukti jelas bahawa negara kita kini berada dalam landasan yang betul. Ekonomi kita berkembang 8.9 peratus bagi suku kedua tahun ini yang merupakan yang terbaik di Asia Tenggara.
2.0 Pelaburan Asing Tertinggi
Pertumbuhan pesat ini adalah hasil daripada hasil dasar dan polisi kerajaan keluarga Malaysia yang seterusnya memulihkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia.
Oleh sebab itu , jumlah FDI selama 9 bulan sahaja adalah sebanyak RM74.1 bilion.
Dalam tempoh sembilan bulan ini saja kita sudah mengatasi jumlah FDI tahunan pada 2021, 2020, 2019 mahupun 2018.
3.0 Dasar Kerajaan Keluarga Malaysia Membuahkan Hasil
Dasar seperti pelaksanaan inisiatif seperti SemarakNiaga, Malaysia Digital dan JaminKerja berjaya menunjukkan hasil yang amat memberangsangkan.
4.0 Kadar Pengganguran Capai Guna Tenaga Penuh
Kadar pengangguran kita pula turun kepada 3.8 peratus daripada 4.3 peratus sebelumnya.
Ekonomi Malaysia sudah pun mencapai istilah konsep guna tenaga penuh apabila kadar pengganguran kurang daripada 4.0%.
5.0 Jumlah Perdagangan Terbanyak
Jumlah perdagangan luar melebihi RM2 trilion pada 2021 yang merupakan kadar pertumbuhan terpantas sejak 1994.
Buat pertama kali, jumlah perdagangan negara Malaysia mencecah RM2 trillion.
Pada Jun 2022, perdagangan luar meningkat 43.3% tahun ke tahun kepada RM270.4 bilion.

Comments
Post a Comment