SETIA BERSAMA PEMIMPIN KAMI
Kita bersimpati dengan nasib Dato’ Sri Najib Razak. Kita berhimpun di Dewan Merdeka tanda bersolidariti bersama beliau.
Dalam kesedihan kita kerana kehilangan seorang pemimpin, tanpa sedar kita telah menghukum seorang pemimpin lain.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.
Sekiranya kita yang tidak mengenali Najib Razak secara peribadi boleh bersedih, bayangkan perasaan beliau.
Minggu ini, beliau kehilangan seorang mentor, senior, abang dan sahabat.
Sebagai orang nombor satu negara, tentunya beliau lebih berduka kerana tidak bisa berbuat apa-apa.
Tangan beliau terikat. Tangan itu tidak akan sesekali diarah untuk menyalahgunakan kuasa.
Ismail Sabri manusia berprinsip.
Beliau hanya boleh melihat dari jauh saat Najib Razak dihukum di muka pengadilan.
Sebagai anak Pahang, Ismail Sabri sudah tentu dibesarkan untuk mencontohi Najib Razak, seorang lagi anak Pahang.
Saat kita semua berhimpun untuk bersolidariti di Dewan Merdeka, sebaik nama Ismail Sabri disebut, laungan ‘boo’ berkumandang.
Beliau dihina di majlis bagi bersolidariti untuk seorang yang beliau cukup sayang dan kagumi.
Beliau tidak berbuat apa-apa kesalahan, namun saya yakin beliau berasa amat bersalah.
Kepada Dato’ Sri Ismail Sabri, percayalah ahli-ahli UMNO yang sejati sentiasa berdiri teguh bersama Perdana Menteri dan Naib Presiden kami.
Demi agama, bangsa dan negara, InshaAllah.

Comments
Post a Comment