TIBA MASA LOKMAN ADAM BELAJAR ERTI SEPARATION OF POWER

 


Lokman Adam sepatutnya belajar tentang teori pengasingan kuasa dan bukannya terus menyebarkan dakyah palsu yang tidak memanfaatkan kita semua. 


Pembahagian institusi negara kepada tiga dikenali sebagai doktrin atau prinsip PENGASINGAN KUASA. 


Dalam mengamalkan sistem demokrasi, menerusi peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Malaysia membahagikan kuasa

pemerintahan kepada tiga badan atau organ atau institusi, iaitu Eksekutif; Parlimen; Kehakiman.


Apabila gagal memahami teori ini maka Lobakman pula terus mengaitkan semua benda yang berlaku dalam negara kita dengan Perdana Menteri kita iaitu Ismail Sabri. 


Najib disabitkan bersalah pun Ismail Sabri yang dipersalahkan. 


Lobak sendiri yang melanggari undang-undang dan dipanggil oleh pihak polis untuk soal siasat pun Ismail Sabri yang perlu menanggung dosanya.


Kini apabila badan kehakiman negara membuat keputusan untuk mengawalkan kes Zahid Hamidi sekali lagi Ismail Sabri yang menjadi sasaran. 


Lokakman perlu faham, negara ini bukan negara Komunis di mana seorang pentadbir negara bermaharajalela dan mempunyai kuasa mutlak. 


Seorang Perdana Menteri hanya ada kuasa dalam institusi eksekutif negara. 


Jika sekalipun kepimpinan negara sebelum ini sering campur tangan ataupun salah guna kuasa untuk mencampuri institusi kehakiman dan legislatif tetapi amalan tersebut sudah tidak lagi digunakan dalam pentadbiran terkini. 


Jangan pula segala benda yang berlaku di tanah air ini pula hendak dikaitkan dengan Ismail Sabri, seolah-olah kuasa Perdana Menteri itu begitu besar seperti Stalin dan Hitler. 


Sudah tiba masanya Lobakman belajar asas pembentukan dan perlembagaan negara. 


Natijahnya, Lobakman perlu ingat bahawa Ismail Sabri adalah seorang Perdana Menteri dan bukannya polis, hakim, peguam negara atau sesiapa sahaja yang ada dalam alam pemikirannya.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA