TIGA SEBAB PRU15 PERLU DIADAKAN SELEPAS BELANJAWAN
1. Meneruskan momentum ‘feel good factor’
Sentimen umum kepada Barisan Nasional (BN) semakin baik. MA63, semakan gaji minimum, pengeluaran khas KWSP dan terkini Akta Anti Lompat Parti mula mengembalikan kepercayaan rakyat kepada BN. Belanjawan 2023 adalah buah ceri di atas kek yang akan dihidangkan kepada rakyat sebelum PRU-15 untuk benar-benar menjadikan BN sebagai satu-satunya pilihan yang ada untuk mereka.
2. Krisis makanan dan ekonomi
Ketokohan seseorang pemimpin akan diuji sewaktu krisis. Malaysia, di bawah kepimpinan Ismail Sabri sedang bergelumang dengan kemelut ekonomi dan bekalan makanan. Penambahan subsidi, bantuan kewangan, skim pinjaman perniagaan dan geran-geran yang diperkenalkan Perdana Menteri menyebabkan Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mengatasi kemelut ini. Kita juga tidak mahu dilabel ‘gila kuasa’ kerana menganjurkan pilihan raya sewaktu negara dilanda krisis.
3. Hormati kuasa perogatif Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong.
Perlembagaan Persekutuan menganugerahkan kuasa membubarkan Parlimen kepada Perdana Menteri dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong. BN ialah parti yang menjunjung perlembagaan dan institusi diraja. BN ialah parti yang menghormati pemimpin. Ismail Sabri ialah pemimpin kita. Di peringkat akar umbi, kami memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada kebijaksanaan beliau untuk menjalankan amanah dan tugas.
Sebaiknya, pilihan raya diadakan dalam masa 6 bulan dari sekarang. 6 bulan ini adalah tempoh bagi pemimpin parti membina keyakinan rakyat dan akar umbi mempersiapkan jentera.
HIDUP BN! HIDUP BN! HIDUP BN!

Comments
Post a Comment