10 TUNTUTAN UMNO YANG ISMAIL SABRI PENUHI
Lewat ini, pelbagai tohmah dan fitnah dihambur kepada Ismail Sabri.
Kononnya beliau tidak setia kepada perjuangan UMNO. Kononnya beliau bersekutu dengan seteru.
Tuduhan ini benar-benar tidak berasas. Ismail Sabri itu UMNO, UMNO itu Ismail Sabri. Sejak mengambil alih Putrajaya, segala ketetapan dan tuntutan UMNO telah dan sedang dilunaskan beliau.
Ismail Sabri ialah seorang ‘party man’.
1. Mengadakan kerjasama rentas parti.
Asal usul MoU dengan pembangkang. MoU yang kini dijadikan hujah oleh si pemecah belah kononnya bukti Ismail Sabri pembelot. Sedangkan MoU ini sendiri adalah tuntutan YDPA dan MKT UMNO.
2. Fokus usaha menangani COVID-19.
Apa lagi yang boleh dikatakan? Rekod vaksinasi kita antara yang terbaik di dunia. Kadar kebolehjangkitan kita antara yang terendah di dunia.
3. Menambah baik pakej bantuan rakyat.
RM77.7 bilion merupakan peruntukan subsidi terbesar dalam sejarah. RM8 bilion merupakan peruntukan bantuan tunai langsung untuk BKM, juga tertinggi dalam sejarah mengalahkan BSH, BRIM, BPR dan bermacam huruf lagi.
4. Menggunakan jenama Keluarga Malaysia.
Selesai.
5. Mempertahankan sistem demokrasi berparlimen.
Muhyiddin menutup Parlimen kerana mahu mempertahankan kuasa selama mungkin. Ismail Sabri tidak pernah menutup Parlimen. Malah, perbentangan bajet diawalkan pula.
6. RCI untuk menyiasat pendedahan Tommy Thomas.
Sedang diusahakan. Sebaik menjadi Perdana Menteri, Ismail Sabri terus menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat Tommy Thomas. Malah semasa PAU, beliau turut berjanji akan mengambil tindakan lanjut berkenaan isu tersebut. Terkini, keperluan untuk menubuhkan RCI sudahpun dibawa kepada jemaah menteri untuk pertimbangan.
7. Pengeluaran khas KWSP.
Pemuda tuntut. Ismail Sabri tunaikan. Sebelum instrumen pengeluaran khas diperkenal, kerajaan turut mengumumkan pengagihan dividen KWSP tertinggi sejak tahun 2019.
8. Kelulusan ROS untuk pindaan perlembagaan UMNO
Usul pindaan perlembagaan UMNO semasa EGM Khas dibawa Khaled Nordin sebagai pencadang dan Ismail Sabri sebagai penyokong. Malah, beliau juga bertanggungjawab memastikan permohonan UMNO diterima ROS.
9. Tidak meneruskan MoU.
MoU tamat pada 31 Julai dan tidak diperbaharui.
10. Akta Antilompat Parti.
RUU Antilompat Parti telah diluluskan sebulat suara di Parlimen.
Kesemua ini adalah kenyataan. Tuntas dan jelas.
Pilihan di tangan anda untuk terus mempercayai fitnah si pemecah belah atau fakta seorang pemimpin parti.

Comments
Post a Comment