5 PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR



MetMalaysia sudah mengeluarkan amaran bahawa banjir besar akan melanda negara hujung tahun ini.


Kata orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan. Tapi kali ini bukan setakat hujan, banjir pula yang datang. Bagaimana kita boleh bersedia bagi menghadapi bencana banjir?


1. Sediakan bekalan air bersih


Sewaktu banjir, bekalan air bersih akan terputus. Tiada masa untuk menjerang air dan penapis air pula tidak berfungsi memandangkan bekalan elektrik akan terputus. Jadi, sediakan bekalan air bersih bersama anda!


2. Simpan dokumen penting di tempat selamat


Simpan dokumen-dokumen penting di tempat yang tinggi dan kering. Pastikan beberapa dokumen yang benar-benar mustahak seperti kad pengenalan sentiasa bersama anda pada setiap masa dan dibawa bersama ke pusat pemindahan.


3. Sediakan kit pertolongan cemas


Sewaktu banjir, perkhidmatan ambulans akan tergendala. Keutamaan akan diberikan kepada kecederaan yang lebih serius. Oleh itu, kit pertolongan cemas penting sebagai rawatan awal bagi mengawal kecederaan sekiranya diperlukan.


4. Periksa saluran air di sekeliling rumah


Longkang dan saluran najis perlu diperiksa dengan kerap. Bersihkan halangan bagi memastikan saliran air lancar dan tidak tersumbat.


5. Dapatkan maklumat yang sahih


Sentiasa peka dengan hebahan atau sistem amaran banjir yang disampaikan melalui khidmat pesanan ringkas, media sosial dan televisyen. Pastikan anda maklum mengenai lokasi Pusat Pemindahan Sementara dan perkhidmatan kecemasan berhampiran anda.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA