APABILA AKTIVIS MAHASISWA JADI PERDANA MENTERI




Aktivisme tidak pernah dan tidak akan berhenti. Itu ciri sebenar seorang aktivis sejati.

Ismail Sabri bukan lagi seorang mahasiswa, namun perjuangan beliau untuk membela nasib golongan tersebut dibawa sehingga ke hari ini.

Sewaktu bergelar mahasiswa, beliau menjawat jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pada tahun 1982.

Sebagai pemimpin pelajar, beliau lantang bersuara soal hak dan kebajikan mahasiswa.

Persatuan pelajar Universiti Malaya pada awal tahun 80-an sering dianggap radikal oleh sesetengah pihak memandangkan ketegasan mereka dalam membawa suara mahasiswa.

Selang 4 dekad kemudian, perjuangan membela hak mahasiswa masih diteruskan Ismail Sabri, namun dalam kapasiti yang berbeza.

Tidak perlu kita sorot segala macam inisiatif yang digagaskan beliau khusus untuk mahasiswa sepanjang tempoh setahun menjadi Perdana Menteri. Terlalu banyak.

Cukup sekadar kita lihat polisi-polisi beliau sepanjang minggu ini sahaja.

3 September lalu, beliau mengumumkan pemberian tablet percuma kepada mahasiswa menerusi Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

Sebelum ini, gajet yang diterima mahasiswa di bawah insiatif tersebut perlu dipulangkan semula. Namun Ismail Sabri memilih untuk memberikan terus peranti tersebut kepada mahasiswa.

Hari ini pula, beliau mengumumkan kenaikan elaun sara hidup (ESH) bagi mahasiswa tajaan MARA di dalam dan luar negara.

Keperluan untuk semakan semula ESH adalah mendesak memandangkan peningkatan kos sara hidup yang turut menekan golongan mahasiswa.

Ismail Sabri mungkin kini bergelar Perdana Menteri, namun semangat aktivisme beliau tidak akan pernah terpadam. Dahulu seorang aktivis, kini masih kekal aktivis.

Hidup aktivisme! Hidup mahasiswa!

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA