CINTA & TEXAS CHICKEN



Saya sebenarnya tertarik nak ulas sedikit isu mengenai posting Datuk Seri Ismail Sabri baru baru ini. Beliau sekadar menyatakan rasa nostalgia beliau terhadap kedai kedai makan tempat beliau ‘dating, dulu seperti A&W, KFC dan Texas Chicken.


Tapi masalahnya, posting yang sangat neutral, tidak melibatkan mana mana kaum, agama, apa apa parti politik pun, masih pihak pihak tertentu cuba nak cari salah walaupun mereka salah.


Kata mereka apa, Texas Chicken ini baru sahaja dibuka 2013 di Malaysia, jadi cerita DSIS ini direka reka. Tapi yang kelakarnya apa, yang dok komen komen ni semua tak lahir pun lagi zaman tu, malah kebanyakannya yang lahir tahun 2000 ke atas. 


Bila orang komen benda tu betul dan mengiyakan statement DSIS, dikatakan menipu bersama sama. Aish susah orang yang macam ni.


Pertama sekali, Texas Chicken memang sudah ada di Malaysia sejak tahun 1980an lagi cuma dia tutup dan dibuka semula pada tahun 2013. Mudahnya, Texas Chicken sekarang ialah Texas Chicken yang dihidupkan kembali.


Ini normal sahaja, di Singapura juga begitu, ia pernah ada pada tahun 1990, ditutup, dan dibuka semula pada tahun 2010. Begitu lah juga di Indonesia, ada pada tahun 1980, ditutup, dan dibuka semula.


Pun begitu, saya pelik kenapa lah ada netizen yang gigih nak menafikan personal experience seseorang individu. Itu hak dia untuk menceritakan kisah dan pengalaman dia.


Sekalipun bagi anda itu sekadar kisah dongen atau lagenda. Cuba ambil yang baik baik, posting tersebut sekadar hendak tunjuk PM kita masih lagi seorang yang sweet terhadap isterinya.


Kan orang dulu dulu ada mengatakan, “seorang suami diuji apabila ada segala galanya”, begitulah seorang DSIS, di saat menjadi seorang Perdana Menteri, masih lagi taat dan setia terhadap isterinya.


Natijahnya, sudah sudah lah sibuk cari salah orang. Sudah sudah lah nak buruk burukkan orang. Takut kena kat diri sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA