DSIS TEGAS MELAWAN KUASA BESAR DUNIA DI PERSADA PBB
Malaysia hari ini mencipta sejarah meminta kuasa veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dihapuskan selaras dengan prinsip satu negara satu undi.
Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai organisasi yang membawa semangat dan lambang demokrasi kepada dunia, PBB perlu kembali kepada landasan penubuhannya.
Pemimpin negara kita segak memakai baju Melayu hitam dan berucap menyampaikan Kenyataan Negara dalam Bahasa Melayu di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-77.
Ismail Sabri berkata, konflik dan krisis yang berlaku di dunia seperti di Ukraine, Palestin dan Myanmar, tidak dapat diselesaikan kerana kepincangan sistem tadbir urus global dan PBB.
Tambahan pula , masalah yang paling besar di PBB adalah Majlis Keselamatan, yang menyaksikan kuasa veto sering kali disalahgunakan untuk memihak kepada kuasa dunia yang memilikinya.
Lebih lebih lagi konflik hanya akan mengakibatkan kesan negatif kepada seluruh dunia dan memberi contoh pelbagai masalah yang wujud sekarang, antaranya kekurangan zat dan sumber makanan.
Malaysia tidak bersetuju dengan tindakan pengasingan sesebuah negara daripada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa kerana ia bertentangan dengan prinsip multilateralisme dan menghalang dialog yang tidak membantu orang awam.
Kepimpinan DSIS terselah di persada antarabangsa apabila berani menyuarakan isu global dan memohon supaya kuasa veto dihapuskan.
Hal ini disebabkan prinsip demokrasi yang sebenar berpegang kepada satu negara satu undi dan dunia ini tidak seharusnya dikuasai oleh beberapa negara sahaja.
Tiada pemimpin dunia lain yang berani menyuarakan pendapat ini tetapi seorang pemimpin dari negara Malaysia berjaya membawa aspirasi suara dunia bergegar di pentas antarabangsa.

Comments
Post a Comment