ERA KEPIMPINAN DSIS MEMBUKTIKAN HAK DAN SUARA ASPIRASI ORANG MUDA DIANGKAT



DSIS pembela aspirasi orang muda.


Sebanyak 7.8 juta pengundi baharu dijangka bertambah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.


Daripada jumlah ini, sebanyak 3.8 juta mewakili golongan muda berusia 18 tahun dan sekali gus menunjukkan jumlah pengundi muda mewakili 34% daripada keseluruhan pengundi.


Rentak pemikiran Barisan Nasional (BN) terutama UMNO tidak boleh berbeza dengan pengundi muda jika berhasrat meraih undi majoriti golongan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.


Oleh sebab itu , Barisan Nasional seharusnya lebih mendekati anak muda untuk menang dalam PRU yang akan datang. BN perlu susun langkah untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi muda.


Sejarah sudah membuktikkan hanya parti BN yang boleh menjamin kestabilan anak-anak muda berbanding dengan parti lain.


Dalam era pentadbiran Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kita walaupun hanya dalam setahun sahaja tetapi segala aspirasi dan hasrat orang muda sudah berjaya dilaksanakan oleh beliau.


1. Peranti Siswa Keluarga Malaysia Bagi Pelajar B40


2. Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Bagi [elajar Cemerlang B40 Dan M40.


3. Kemudahan Pinjaman Komputer Riba 


4. Menu Keluarga Malaysia RM 3.50 


5. Moratorium Sewa 6 bulan kepada pengusaha makanan di IPT


6. Elaun tajaan mara luar negara dan dalam negara


7. Inisiatif Jaminan Kerja 600,000 pekerjaan (400,000 pekerjaan sudah diwujudkan)


8. 80% Caruman PERKESO Bagi GIG Ekonomi


9. Dana 2 Billion bagi Skim Jaminan Kredit Perumahan.( Yang tiada slip gaji,boleh memohon)


10. Meluluskan UNDI 18


Dalam pada itu , kadar pengangguran dalam kalangan belia yang berusia 15 hingga 40 tahun di seluruh negara menunjukkan penurunan kepada 5.3 peratus bagi suku pertama tahun ini berbanding 5.9 peratus dalam tempoh sama tahun lepas.


Peratusan ini menunjukkan bilangan penganggur pada suku pertama tahun ini adalah seramai 585,000 orang, menurun berbanding 627,000 orang bagi tempoh yang sama tahun lepas.


Perdana Menteri Ismail Sabri pernah berkata "Saya pernah jadi orang muda, pernah jadi pemimpin pelajar, dari segi perjuangan sangat ideal dan kita tak boleh sekat idealisme mereka," katanya.


Malah ujar Perdana Menteri, semua pihak perlu menghargai dan menerima perjuangan idealisme orang muda di negara ini.


"Kita mesti bersama mereka untuk sama-sama kita menghargai dan menerima idealisme pemikiran mereka tentang satu-satu perjuangan mereka" 


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan pentadbirannya akan mendengar dan memberi tumpuan kepada suara anak muda.


Ismail Sabri berkata, suara dan pendapat anak muda amat diperlukan seiring usaha mencapai objektif dan fokus yang akan diberikan pentabirannya.


"Seiring usaha mencapai objektif dan fokus tersebut, penglibatan anak muda amat diperlukan. Untuk itu, saya pastikan suara anak muda didengari dan diberikan tumpuan dalam kerajaan ini.


"Kepada anak muda di luar sana, jangan risau, penglibatan anda semua amat dihargai dan saya mengharapkan anda bersama dengan kerajaan ini untuk menjayakan agenda besar pemulihan negara,"


Natijahnya , era kepimpinan DSIS membuktikan hak dan suara aspirasi orang muda diangkat.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA