INDEKS KEAMANAN DUNIA 2022 YANG TERBAIK SEJAK 2008 BUKTI PENTADBIRAN DSIS BERJAYA MEMBAWA KESTABILAN



Indeks Keamanan Dunia atau dalam bahasa Inggeris disebut Global Peace Index (GPI) adalah suatu usaha untuk mengukur kedudukan relatif sesuatu negara atau wilayah khusus berkenaan aspek keamanan yang dialaminya.


Malaysia tersenarai dalam kedudukan ke-18 negara paling aman di dunia berdasarkan Indeks Keamanan Global (GPI) 2022 yang menjadi ukuran utama kedamaian global di dunia. 


Laporan yang disediakan oleh Insitut Ekonomi dan Keamanan (IEP) membentangkan analisis yang dipacu data paling komprehensif mengenai petunjuk aliran keamanan, nilai ekonomi serta cara memupuk masyarakat yang aman. 


GPI meliputi 99.7 peratus penduduk dunia dengan menggunakan 23 penunjuk kualitatif dan kuantitatif daripada sumber yang sangat dipercayai. 


Data itu mengukur aspek keamanan merentas tiga faktor utama iaitu tahap keselamatan masyarakat, perkembangan konflik domestik dan antarabangsa serta tahap ketenteraan. 


GPI menggunakan indeks komposit yang mengukur kedamaian sesebuah negara pada skala satu hingga lima. 


Semakin rendah markah yang dicatat, semakin aman negara tersebut.


Tahniah pentadbiran Keluarga Malaysia yang dipimpin oleh Perdana Menteri DSIS .

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA