ISMAIL SABRI MAKIN DIKENALI DUNIA
Sewaktu awal perlantikan Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, ramai mempersoalkan kebolehan beliau untuk berdiplomasi dengan pemimpin negara luar.
Tapi ternyata sangkaan tersebut meleset sama sekali, Ismail Sabri berjaya untuk mengadakan pelbagai lawatan kerja ke pelbagai negara serta dikunjungi oleh pemimpin negara luar.
Antara negara yang menerima lawatan kerja Ismail Sabri adalah Indonesia, Turkiye, Brunei dan Dubai.
Dan antara pemimpin negara yang mengadakan lawatan ke Malaysia adalah Mendiang Shinzo Abe daripada Jepun, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani, Perdana Menteri Qatar dan Nancy Pelocy, Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat.
Malah, nama Ismail Sabri makin dikenali di mata dunia apabila baru baru ini beliau berjaya menarik perhatian pemimpin dunia dengan berucap dalam bahasa Melayu ketika Persidangan UNGA kali ke 77.
Lebih menarik, ketika berucap, Ismail Sabri berpakaian baju Melayu hitam bersama songkok yang membawa imej budaya dan warisan melayu ke persada antarabangsa. Beliau berjaya mencipta sejarah pemimpin pertama Malaysia untuk menyampai ucapan dalam bahasa Melayu di persidangan UNGA, persidangan termulia PBB.
Pendekatan ini dipuji oleh negara negara luar. Antara yang memuji Perdana Menteri kita ialah Naib Presiden Pusat Nusantara Universiti Lomonosov Moscow State University, Prof Madya Dr Victor A Pogadaev, beliau berkata penggunaan bahasa kebangsaan itu membuka keboleh pasaran Bahasa Melayu di peringkat global.
Malah ucapan beliau yang menekan pelbagai isu antarabangsa seperti konflik di Ukraine, isu Myanmar, isu Palestin, sekuriti makanan dan perubahan iklim juga dipuji oleh media media antarabangsa kerana kelantangan beliau menyuarakan dan menjadi suara keamanan dunia.
Contohnya keberanian beliau yang dipuji oleh media media antabangsa seperti CNN dan Aljazeera yang melaporkan isi ucapan Ismail Sabri yang mengkritik dan mengutuk tindakan kuasa besar dunia seperti isu kuasa veto Majlis Keselamatan PBB yang tidak berdemokrasi dan melambatkan usaha usaha keamanan.
Oleh sebab itu, layaklah Ismail Sabri di sambut sebagai wira oleh ratusan rakyat yang hadir ke KLIA, juga menteri menteri dan tokoh tokoh bahasa. Kerana apa? Kerana beliaulah wira bahasa kita, wira negara kita, dan wira keamanan dunia.
Ini sama sekali membuktikan yang nama Ismail Sabri bukan lagi nama biasa biasa di mata dunia. Nama beliau sudah menarik perhatian dunia. Yang lebih membanggakan, nama Keluarga Malaysia sudah mula gah diperdengarkan ke seantero bumi. Tahniah Ismail Sabri!!
Terima kasih daripada kami, ahli Keluarga Malaysia.

Comments
Post a Comment