KEJAYAAN DSIS SEBAGAI MENTERI PERTAHANAN
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan antara pemimpin tertinggi negara yang paling banyak terlibat menguruskan hal ehwal pandemik.
Segala - galanya bermula ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan dalam pemerintahan kerajaan sebelum ini sehingga menjadi Perdana Menteri sekarang.
Detik-detik penting 17 bulan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Kanan Pertahanan (Kluster Keselamatan) terakam dalam sejarah negara.
Pada ketika itu , seluruh kekuatan digembleng secara bersama dengan agensi-agensi kerajaan termasuk pasukan kesihatan dan keselamatan selaku barisan hadapan digerakkan secara bersepadu dalam usaha menangani wabak.
Beliau telah mengemudi dan menangani fasa pemulihan negara yang sedang masuk ke fasa yang paling akhir sekali iaitu fasa peralihan endemik.
Tambahan pula , peranan beliau pada masa itu adalah untuk menyusun atur dan mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) selain langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan virus dapat diputuskan rantaiannya.
Sepanjang menjawat jawatan selaku Menteri Pertahanan negara beliau kerap mengingatkan rakyat mengenai kepentingan pematuhan SOP bagi membendung penularan penyakit.
Lebih banyak Hospital Medan bagi membantu mengurangkan bebanan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam memberi rawatan kepada pesakit juga diwujudkan pada masa itu.
Beliau juga melancarkan dasar industri pertahanan dan keselamatan negara untuk mengurangkan kebergantungan terhadap aset dan peralatan dari luar negara.
Oleh itu , DSIS berjaya memenangi peperangan dengan musuh yang tidak kelihatan ( pandemik ) sehingga kini kita dapat menikmatinya nikmatnya untuk hidup seperti biasa .
Kesihatan negara semakin memulih dan ekonomi pula terus berkembang.

Comments
Post a Comment