MENDALAMI SEMANGAT HARI MALAYSIA BERSAMA ISMAIL SABRI
16 September ialah hari lahir Malaysia. Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu bergabung membentuk Malaysia, tanah air kita.
Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menjamin kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu Tanah Melayu.
Walaubagaimapun, tahun-tahun kebelakangan ini menyaksikan Sabah dan Sarawak semakin menjauh dari Semenanjung.
Malaysia Timur bukan sahaja dipisahkan Semenanjung oleh Laut China Selatan, malah turut dijarakkan oleh jurang pembangunan dan ekonomi yang lebar.
Namun sekarang bukan masa untuk mencari salah. Tangan yang ada lebih baik digunakan untuk membina kembali Malaysia berbanding menuding jadi ke arah sesiapa.
Sebaik mendaftar masuk ke Perdana Putra, Ismail Sabri menjadikan pengiktirafan MA63 sebagai agenda 6 bulan pertama pentadbiran beliau.
Beliau sedar akar kepada rimbunan masalah pembangunan di Malaysia Timur perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Tanggal 14 Disember tahun lalu, pindaan Perlembagaan berkaitan MA63 diluluskan sebulat suara di Parlimen. Ismail Sabri berjaya mengetuai usaha dwi-partisan demi kepentingan Sabah dan Sarawak.
Kelulusan ini mengiktiraf keduduan mereka sebagai rakan kongsi Semenanjung, serta memberi autonomi yang lebih besar dalam hal ehwal pentadbiran.
Kesediaan Malaysia mengiktiraf kedudukan Sabah dan Sarawak tidak terhenti di atas kertas. Ia turut diterjemah melalui projek-projek pembangunan di Malaysia Timur yang diluluskan Kerajaan.
Pengumuman Projek Sabah-Sarawak Link Road dan Lebuh Raya Trans Borneo serta penerusan projek yang sebelum ini tertangguh seperti Lebuh Raya Pan Borneo penting bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia Timur.
Selain itu, liputan capaian internet di Sabah dan Sarawak dijangka akan mencecah 100 peratus menjelang tahun 2023 menerusi inisatif JENDELA.
Kini internet ialah hak asasi. Anak-anak Malaysia Timur seperti Veveonah Mosibin tidak sepatutnya terpaksa memanjat pokok hanya untuk menjawab peperiksaan. Jurang digital ini yang perlu dirapatkan.
Dalam masa setahun pentadibiran Ismail Sabri, banyak pelan dan projek yang diluluskan beliau bagi menyokong pembangunan Sabah dan Sarawak.
Benar, masih banyak yang boleh dilakukan. Kerja belum dan tidak akan pernah selesai. Namun, satu perkara yang pasti, hak dan kedudukan Malaysia Timur akan terus mendapat pembelaan bermaruah daripada Ismail Sabri. Sabah dan Sarawak ialah Keluarga Malaysia.
Selamat Hari Malaysia!

Comments
Post a Comment