POLISI JAMIN KERJA YAB PM PRODUKTIF



Kerajaan Keluarga Malaysia YAB Dato’ Sri Ismail Sabri berjaya mengukuhkan pasaran pekerjaan Malaysia pada Julai, dengan kadar pengangguran pada 3.7%, menghampiri paras pra-pandemik.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata kadar pengangguran terkini adalah lebih baik berbanding 4.5 peratus pada 2021 dan 4.2 peratus pada Januari 2022.


Ini adalah disebabkan pembukaan sempadan mulai 1 April 2022 yang diumumkan YAB Perdana Menteri. Terima kasih Paklong Mail. 


Peningkatan kembali kepada aktiviti ekonomi dan sosial seperti biasa, memberi impak positif kepada pasaran buruh negara serta mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan peluang perniagaan.


Kerajaan Keluarga Maalaysia berjaya menurunkan pengangguran kepada 620,700 berbanding 630,600 pada Jun 2022 mengikut Statistik Tenaga Buruh Malaysia pada Julai 2022 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).


Kerajaan Keluarga Malaysia juga Berjaya mencatatkan pertumbuhan positif 0.3 peratus pada Julai 2022 kepada 15.98 juta, berbanding 15.94 juta pada bulan sebelumnya.


Tidak cukup dengan itu, dalam sektor ekonomi, bilangan orang yang bekerja dalam sektor perkhidmatan semakin meningkat, terutamanya dalam aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman, perdagangan borong dan runcit, aktiviti pentadbiran dan perkhidmatan sokongan.


Hal ini berikutan daripada pasaran kerja yang kukuh disokong oleh keadaan ekonomi yang bertambah baik pada suku kedua 2022, dengan pertumbuhan ekonomi menjadi lebih kukuh pada kadar 8.9 peratus, menjadi ekonomi Keluarga Malaysia berkembang sebanyak 6.9 peratus pada separuh pertama tahun ini.


Momentum pemulihan pasaran buruh juga selaras dengan inisiatif yang dilaksanakan kerajaan di bawah Perdana Menteri seperti Jamin Kerja - Skim Insentif Pekerjaan (JKIP) dan pewujudan portal pekerjaan nasional MyFutureJobs.


Terima kasih YAB PM atas usaha menambah peluang pekerjaan dan meningkatkan kesejahteraan keluarga Malaysia. Maju terus. 


Kita harus terus memandang ke hadapan, buat Keluarga Malaysia yang pasti adalah pasaran buruh dijangka kekal kukuh pada suku ketiga dan prestasi perniagaan dijangka lebih baik. InshaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA