PRESIDEN & PM TONGGAK KEKUATAN UMNO BN
Ketua-Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) menzahirkan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor Amin Mohd Shukor berkata seluruh kepimpinan sayap dan akar umbi terus menyokong Ismail Sabri serta Ahmad Zahid untuk menerajui pucuk pimpinan.
"Ketua-Ketua Pemuda bukan sahaja daripada UMNO tetapi BN dan kepimpinan dari seluruh negara menzahirkan secara jelas, yang pertamanya sokongan 100 peratus kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Keluarga Malaysia untuk meneruskan kesinambungan yang ada.
"Kami turut menzahirkan kepimpinan parti yang diterajui Ahmad Zahid sebagai antara peneraju terbaik bersama dengan Perdana Menteri untuk memikirkan perkara-perkara yang terbaik bagi rakyat,"
Perdana Menteri Ismail Sabri pula pernah menyatakan "Saya dengan presiden 'ngam'.
“Presiden dengan saya tidak ada isu. Saya kenal presiden sudah lama, waktu saya sekolah (belajar di universiti) lagi. Presiden dan abang saya pun kawan baik. Dia bersama di Universiti Malaya, rakan sebilik."
"Saya kenal dia sudah lama. Dengan isteri dia lama saya kenal sampai sekarang pun rapat. Jadi, tidak timbul isu. Isu peribadi tidak timbul. Perpecahan dalam UMNO pun tiada.”
"Orang luar sahaja yang bercakap soal perpecahan dalam UMNO ini"
"Saya bukan jenis bercerita dekat luar atau buat sidang media bila saya ke rumah presiden. Jadi sebab itu kadang-kadang ia perjumpaan peribadi"
UMNO harus terus memperkukuhkan parti dan memastikan tiada lagi perpecahan berlaku yang akhirnya membuatkan bangsa Melayu itu lemah dan akhirnya peristiwa 22 bulan di bawah Pakatan Harapan (PH) berulang kembali.
Ingatlah, lidi yang sebatang, terlalu mudah dipatahkan namun jika ia menjadi seberkas, ia menjadi kuat dan kukuh.
Oleh sebab itu , kedua - dua tokoh ini perlu bersatu menerajui parti demi masa depan rakyat , bangsa dan negara.
Semua pihak dalam UMNO tanpa mengira memihak kepada Perdana Menteri atau Presiden UMNO perlu bersatu dan melupakan segala perbalahan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Semua pemimpin dan ahli Umno supaya kembali bersatu di saat parti itu di ambang kemenangan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Semua pihak perlu menghormati apa yang diputuskan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam menerajui parti serta memberi ruang kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menguruskan kerajaan.
Untuk menang pilihan raya dan mendapat mandat baharu, parti mesti bersatu dengan hanya satu haluan. Haluan itu ialah haluan UMNO.
Bukan haluan presiden, bukan haluan PM. Bukan haluan mana-mana kelompok atau kluster. Untuk kesatuan haluan ini dijayakan, segala fraksi dalam UMNO mesti kembali bertaut.
Dukungan UMNO kepada Perdana Menteri mesti sepenuh hati.
Begitu juga dukungan Perdana Menteri kepada presiden dan parti mesti menyeluruh.
Kedua-duanya mesti menguat satu sama lain.
Paling penting di saat yang mencabar ketika ini ialah perpaduan kerana kita tidak boleh kalah dalam PRU yang akan datang.
Sekiranya kita kalah, apa yang kita hasratkan akan berkubur dan makin sukar untuk kita bangkit kembali.
Kalau ada yang kata ada Kluster Putrajaya, Kluster Umno maka itu tidak betul (kerana) yang kita ada sekarang perpaduan.
Sebenarnya tidak wujud kumpulan sama ada menyokong presiden UMNO atau Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, tetapi yang ketara adalah perbezaan pendapat menjurus kepada strategi menghadapi PRU-15.
UMNO akan terus bergerak ke hadapan sebagai satu pasukan tanpa ada sebarang kem, bagi berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Mesyuarat MT UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri, sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri pada PRU15.
Dengan keputusan MT ini, ahli akar umbi dan semua peringkat kepimpinan perlu akur dan bergerak sebagai satu pasukan untuk memenangi pilihan raya umum.
Ini juga bermakna UMNO mengutamakan kesinambungan, kerana Ismail Sabri merupakan perdana menteri pada masa ini dan sudah mempunyai pengalaman dalam kerajaan semasa.

Comments
Post a Comment