SENARAI KEGAGALAN PAKATAN HARAPAN DAN DAP MEMERINTAH NEGARA SELAMA 22 BULAN



Rakyat Mesti Sokong BN Dalam PRU 15.


Adakah kalian sudah lupa tentang segala kerosakan DAP selama 22 bulan memerintah ? 


Kita jangan sesekali lalai dan leka dengan sejarah pahit lama kita merana dalam pentadbiran mereka.


1.0 Ekonomi 


Hutang langsung negara telah mencecah RM800 bilion berbanding RM686.8 bilion masa BN


Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh teruk daripada USD 109.4 bilion pada Mei 2018 kepada USD102.1 bilion pada Januari 2019.


Jatuh 2 anak tangga dalam Global Competitiveness Index bagi tahun 2018-2019 di kedudukan ke-25 dunia.


Defisit kerajaan untuk tahun 2018 adalah RM52.5 bilion (3.7% dari KDNK) berbanding RM40.3 bilion (3.0% dari KDNK) di bawah BN.


Gelaran pasaran saham paling corot di dunia oleh Bloomberg

Gelaran pasaran saham paling corot di Asia oleh Nikkei.


Pelaburan langsung asing (FDI) mencatatkan kejatuhan 3 kali ganda bagi suku kedua dan ketiga 2018 dengan jumlah RM6.7 bilion berbanding tempoh sama pada tahun 2017 iaitu RM20.4 bilion.


Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia merosot kepada 3.1% pada tahun 2018; terendah dalam tempoh 7 tahun.


KNDK negara untuk suku pertama 2019 adalah antara 3.8% hingga 4.2% di mana kadar bawah 4% adalah paling rendah sejak 10 tahun yang lalu.


Indeks pembuatan Malaysia pada kadar paling teruk berbanding 15 negara-negara di Asia (Nikkei)


Aliran keluar dana asing dari negara adalah yang terbesar di ASEAN. Sejumlah RM2.76 bilion dana asing keluar dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2019 sahaja.


2.0 Kegagalan Menteri Kewangan DAP 


Menjual aset negara bernilai RM50 bilion dan telah membuat pinjaman luar yang baru bernilai RM120 bilion


PETRONAS dipaksa membayar RM80 bilion untuk tahun 2018  berbanding dividen RM16 bilion untuk tahun 2017 kepada BN


Nilai ekuiti terkumpul Petronas turun RM7.5 bilion dari RM432.8 bilion kepada RM425.3 bilion. Buat kali pertama sejak 10 tahun yang lalu, nilai ekuiti PETRONAS jatuh.


Bank DBS, iaitu bank terbesar di Singapura telah menurunkan penarafan bon pinjaman Kerajaan Malaysia pada 1 Mei 2019.


Syarikat Telekom Malaysia juga mengalami kerugian buat pertama kalinya sejak 10 tahun yang lalu.


3.0 Kegagalan Tanggani Kos Sara Hidup & Kenaikan Harga Barang 


Kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) kategori bujang yang melampau (dan menghina) iaitu 27 sen sehari


Harga telur ayam terus naik 67%. Sebelum PRU14, harga di ladang untuk telur gred AAA adalah serendah 27 sen dan harga gred C 24 sen. 


Harga telur gred AAA di ladang pada Februari 2019 naik 59.2% sehingga 43 sen. Harga telur gred C naik 67% kepada 40 sen.


Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) dipotong daripada RM12.5 juta pada 2018 kepada hanya RM3.5 juta dalam bajet 2019.


Peruntukan kepada subsidi baja padi dipotong daripada RM465 juta (2018) kepada RM232.5 juta dalam bajet 2019.


Peruntukan kepada Insentif Pengeluaran Padi dipotong daripada RM563 juta (2018) kepada RM281.5 juta dalam bajet 2019.


Peruntukan kepada Elaun Sara Hidup Nelayan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan dipotong daripada RM262 juta (2018) kepada RM98.5 juta dalam bajet 2019.


Subsidi Baja Padi Bukit/Huma dipotong 100% daripada RM70 juta (2018) kepada RM0 dalam bajet 2019.


Program Food and Agro Council for Export (FACE) dihapuskan dalam bajet 2019 berbanding peruntukan sebanyak RM3 juta pada 2018.


Peruntukan keseluruhan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dipotong daripada RM5.1 bilion (2018) kepada RM4.4 bilion dalam bajet 2019.


4.0 Naik Kadar Elektrik 


TNB rugi RM134 juta pada suku ke-4 2018 berbanding untung RM1.72 bilion pada suku yang sama tahun 2017.


Surcaj elektrik untuk semua pengguna komersial telah dinaikkan. 


Surcaj ini telah hampir berganda dari 1.35 sen/kWj kepada 2.55 sen/kWj.


Kenaikan surcaj elektrik bermaksud bil elektrik untuk semua pengguna ini akan naik sehingga 5.3%.


2 kali kenaikan surcaj elektrik selepas Pakatan menjadi kerajaan: pertama kali pada Julai 2018 dengan surcaj 1.35 sen/kWj atau kenaikan bil elektrik sehingga 6%. 


Keseluruhan kenaikan kadar elektrik adalah sebanyak 11.3%


5.0 Pengenalan Cukai Yang Membebankan Rakyat 


Pengenalan cukai gula mulai Julai 2019.

Pengenalan cukai levi pelepasan RM40 seorang.

Pengenalan Cukai baru untuk minuman ringan

Pengenalan cukai baharu kereta import terpakai antara 20 ke 39% sejak Mac 2019.

Pengenalan SST telah menyebabkan kos barangan naik 10 peratus.


6.0 Anti Penjawat Awam 


Seramai 12,000 orang pengawal keselamatan sekolah ditamatkan perkhidmatan


Kakitangan SPAD ditawarkan gaji dan gred yang lebih rendah daripada sebelumnya oleh Kementerian Pengangkutan


Langkah pengurangan kakitangan awam sedang digerakkan.

Kontroversi penghapusan pencen penjawat awam tidak ditangani dengan cekap


Langkah pengurangan kakitangan awam sedang digerakkan

Cadangan ‘pemutihan’ penjawat awam untuk dibersihkan 

Bantuan Bakti Negara (ketika era BN), pesara tentera diberi RM1200. Sebaliknya, Bantuan Harapan Negara oleh Pakatan dipotong kepada RM500.


7.0 Anti Peneroka Felda 


Hutang yang dipaksa ke atas peneroka FELDA  tidak dihapuskan

Harga komoditi sawit serta getah terus jatuh 

Hasil jualan FGV jatuh sebanyak RM3.5 bilion

FGV rugi RM1.08 bilion.

6,000 pekerja FGV diberhentikan kerja dalam tempoh 3 tahun.


8.0 Mungkir Janji & Manifesto 


PTPTN Tidak Dihapuskan

Harga Minyak Tidak Diturunkan

Gaji Minima RM 1500 Tidak Dilaksanakan

Tol Tidak Dihapuskan 

Lynas Diteruskan 

Janji 30% Wanita Dalam Kabinet Tidak Ditepati

Lantikan Politik Sebagai Ketua Pengarah SPRM 

MA 63 Tidak Diluluskan

UNDI18 Tidak Diluluskan

RUU Anti Lompat Parti Tidak Diluluskan  

AES Digantikan Dengan Awas


9.0 U-Turn & Tidak Konsisten Dalam Perjuangan Politik 


Dahulu Bantah SOSMA, SOSMA Diteruskan

Dahulu Bantah Akta Hasutan, Diteruskan

Dahulu Bantah Akta POCA, Diteruskan

Dahulu Bantah Akta POTA, Diteruskan

Dahulu Bantah Akta Majlis Keselamatan Negara - Diteruskan


10.0 Merogol Sistem Kehakiman & Perundangan Negara 


15 Kes Mahkamah Ahli Politik PH Gugur Tanpa Perbicaraan

Kes dadah anak Billionaire Digugurkan 

Kegagalan Surat Jawapan AG Tommy Thomas Dalam Isu Sulu

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA