SEORANG LAGI "ISMAIL" LAKAR SEJARAH DI PERHIMPUNAN AGUNG PBB



SEPTEMBER 1957; sebulan selepas negara mencapai kemerdekaan 1957, Duta pertama Malaysia ke Amerika Syarikat dan PBB, Tun Dr Ismail Abd Rahman muncul di Perhimpunan Agung PBB untuk menyampaikan ucapan. Beliau melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama berucap di pentas PBB. Penampilan sulung Dr Ismail ketika itu, lengkap berbusana Baju Melayu siap berkeris. 


Kebijaksanaan diplomatik Tun Dr Ismail ketika itu dipuji dan khidmatnya untuk Malaysia sangat diperlukan sehingga beliau diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri selepas itu. 


SEPTEMBER 2022; sebulan selepas negara meraikan kemerdekaan ke-65 2022, giliran YAB Perdana Menteri kesayangan kita bernama Ismail Sabri Yaakob pula, kembali melakar sejarah. Beliau tampil mencuri tumpuan seluruh delegasi lain dengan lengkap berbusana Baju Melayu bersongket. Kali ini, sejarah yang Ismail Sabri cipta lebih gemilang; Beliaulah Perdana Menteri sulung berucap di pentas PBB dengan Berbahasa Melayu! 


YAB Perdana Menteri memang jelas dengan pendiriannya; memperaga Malaysia sebagai sebagai negara yang ada budaya dan bahasa yang perlu dibanggai. Malahan; mesej beliau kepada PBB dan dunia pun begitu lantang dan berani; kembalikan peranan asal PBB dan bersatulah warga dunia atas semangat Keluarga Dunia bagi mendepani cabaran global.  


Inilah kisah dua pemimpin ulung kita; kedua-duanya punya aura memikul panji Malaysia dengan cara tersendiri. Dan,  ironinya, kedua-duanya bernama ISMAIL.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA