UCAPAN PALING BERANI DAN JUJUR DALAM SEJARAH PEMIMPIN MALAYSIA DI PBB



Pentas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak asing bagi pemimpin-pemimpin tertinggi negara menyatakan kekesalan mereka terhadap masalah global.


Sedari dahulu, Malaysia sememangnya lantang menyuarakan tentang isu-isu berkaitan hak asasi manusia.


Namun, ucapan Dato’ Sri Ismail Sabri hari ini cukup berbeza.


Jujur dan berani, itu sahaja kesimpulan yang seadilnya boleh ditamsil bagi menggambarkan ucapan beliau di UNGA-77.


Beliau merupakan pemimpin Malaysia pertama yang menggesa penghapusan kuasa veto PBB di pentas PBB.


Malah sepanjang 77 tahun penganjuran Perhimpunan Agung, jumlah pemimpin dunia yang menggesa penghapusan kuasa veto secara terbuka di sesi debat umum boleh dibilang dengan 2 tangan.


Kata beliau, kuasa veto tidak demokratik dan bertentangan dengan prinsip demokrasi.


Selain itu, beliau turut memanggil Israel sebagai sebuah entiti Apartheid.


Kecaman terhadap Israel itu perkara biasa. Namun, lazimnya pendirian itu tidak dinyatakan di pentas tertinggi dunia dan dilakukan secara ‘berlapik’.


Tindakan menggelar Israel sebagai entiti Apartheid merupakan percaturan yang berani dan lambang solidariti tertinggi Malaysia bersama saudara-saudara kita di bumi Palestin.


Isu penindasan hak asasi di ASEAN turut dibangkitkan Ismail Sabri.


Beliau secara terbuka menyifatkan Kesepakatan Lima Perkara ASEAN sebagai satu kegagalan dalam menangani isu pencabulan hak asasi di Myanmar.


Ismail Sabri mengecam Majlis Keselamatan PBB yang dikatakan tidak mengambil serius menangani isu ini.


Beliau turut membuktikan hipokrasi negara-negara dunia yang mengecam negara seperti Malaysia yang tidak meraktifikasi Konvensyen Status Pelarian 1951. Tanpa protokol tersebut, Malaysia tetap menerima hampir 200 ribu pelarian Rohingya.


Semasa berucap di pentas Perhimpunan Agung PBB, Ismail Sabri memilih pendekatan yang jujur dan berani.


Beliau membawa suara Malaysia, ASEAN, umat Islam malah negara-negara dunia yang sudah penat dengan kekejaman dan penindasan yang berterusan tanpa campur tangan yang bermakna daripada PBB.


Dengan busana baju Melayu dan bahasa ibunda, Ismail Sabri mencipta sejarah di pentas demokrasi tertinggi dunia.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA