YAB PM BAWA SEMANGAT KELUARGA DUNIA KE PENTAS PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU
Petikan Shakespeare, "Dunia adalah pentas, dan semua lelaki dan wanita hanyalah pemain," boleh diubah menjadi, "Semua dunia adalah keluarga dan semua lelaki dan wanita ahlinya," untuk mencerminkan semangat sebenar 'Vasudhaiva Kutumbakam ', kata mutiara Sanskrit dari Maha Upanishad. Tetapi kita dapati bahawa dunia semakin menjadi semakin berkonflik, berpecah-belah, tegang dan berpolarisasi.
Dalam ucapan tegas dan penuh semangat YAB Perdana Menteri di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-77 beberapa jam lalu, Dato' Seri Ismail Sabri telah menggambarkan jawapan yang tepat kepada konflik-konflik dunia yang baharu dan sedang berlaku ketika ini.
Disebabkan dunia tidak bekerja sebagai sebuah keluarga dan mengangkat kepentingan diri lebih dari negara lain, perperangan dan krisis terus berlaku. Dari krisis fizikal Ukraine - Rusia, ia bukan sahaja beri kesan kepada rakyat mereka bahkan kepada negara lain. Sekuriti makanan terjejas akibat penghentian operasi sektor gandum antara kedua-dua negara. Akibatnya, kenaikan kos operasi dan harga makanan berlaku, sehingga menyebabkan kenaikan inflasi global. Adik-beradik ini terlupa dalam keluarga, cubit paha kiri, paha kanan terasa juga.
YAB Perdana Menteri juga mengingatkan bahawa penyalahgunaan kuasa VETO tidak menggambarkan semangat kekeluargaan. Ia tidak demokratik apabila kepentingan negara kuasa VETO didahulukan berbanding kebajikan sejagat. Ia tidak menggambarkan kebersamaan sebuah keluarga, apabila banyak negara membangun terabai dan terkesan apabila dunia menghadapi krisis sama seperti COVID-19 dan perubahan iklim. Tetapi negara maju tidak menghadapai post-trauma yang sama seperti negara membangun dan negara mundur.
Dato' Seri Ismail Sabri jelas dan tegas percaya bahawa formula sebuah keluarga adalah jawapan terbaik untuk seluruh dunia menghadapi krisis keamanan, ekonomi, sekuriti makanan, dan perubahan iklim. Di sebalik rundingan dan dialog sebagai jawapan kepada krisis, masyarakat global akan dapat menikmati 'kemajuan bermakna' (meaningful progress) jika Teguh Bersama mendepani masalah sebagai sebuah Keluarga Dunia, berbanding menjadi enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Suara anak Melayu yang mengutuk penindasan dan menyeru kepada perpaduan di pentas dunia di dalam Bahasa Melayu adalah satu kebanggan buat Malaysia. Ambil masa anda untuk dengar dan hayati ucapan Perdana Menteri. Beliau adalah ikon patriotisme terbaik dalam tempoh 24 jam ini untuk anda kongsikan kepada anak-anak, dan memori ini akan kekal bersama persalinan dan keberanian beliau.

Comments
Post a Comment