YAB PM HERO PELAJAR MELAYU MARA
Berita gembira buat 62,998 pelajar yang menerima durian runtuh di institusi pendidikan dalam dan luar negara apabila kerajaan Keluarga Malaysia bersetuju menaikkan kadar elaun sara hidup (ESH) mulai bulan ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yakob mengumumkan berita gembira itu pada Program Kecemerlangan Keluarga Malaysia Institut Jerman Malaysia (GMI). Terima kasih bapa Keluarga Malaysia.
Dato' Sri Ismail Sabri bersetuju untuk menaikkan kadar baharu ESH daripada minimum RM650 sebulan kepada maksimum RM950 sebulan bagi pelajar domestik dalam bidang pengajian bermula daripada peringkat diploma sehinggalah ke Doktor Falsafah dan Profesional.
Tidak dilupakan juga, bagi pelajar luar negara, kadar ESH dinaikkan kepada minimum RM1,380 sebulan dan maksimum RM7,600 sebulan bagi pelajar dari peringkat ijazah sarjana muda hingga PhD dan profesional.
“Peningkatan ESH bagi pelajar dibiayai MARA yang berkuat kuasa bulan ini akan melibatkan seramai 62,998 orang.
Saya percaya kenaikan ESH ini amat wajar dan juga membantu meringankan beban pelajar rumah Malaysia selepas kos sara hidup meningkat.”
Kenaikan kadar ini membuktikan kerajaan dan MARA amat prihatin dan serius terhadap agenda pemerkasaan Orang Asli khususnya pelajar yang menjadi tunjang pembangunan negara.
Ini yang kita harapkan agar semua pelajar daripada keluarga Malaysia dapat merancang dan menguruskan ESH ini dengan baik agar pengajian mereka berjalan lancar.
Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Dato' Sri Ismail Sabri sangat memberi perhatian terhadap aduan pelajar dalam dan luar negara yang dibiayai MARA lantas meringankan beban kos sara hidup mereka.
Ini adalah kesinambungan perjuangan YAB Dato' Sri Ismail Sabri dalam memperkasakan agenda anak melayu tempatan dalam melanjutkan pelajaran.

Comments
Post a Comment