YANG GAGAL ITU MUHYIDDIN
Lewat ini, Muhyiddin Yassin semakin lantang menyalak. Katanya, itu gagal, ini gagal.
Ini satu ironi yang sungguh melucukan. Bagaimana Perdana Menteri tersingkat dalam sejarah negara punya keyakinan untuk bersuara seolah-olah sumbanganya besar dan bermakna?
Kita sering melaungkan bahawa 22 bulan bersama Tun merupakan mimpi ngeri. Realitinya, 17 bulan bersama Muhyiddin hanya lanjutan daripada episod mimpi hitam yang berpanjangan.
1. Pengurusan COVID-19 yang lemah
Saya tidak mahu bercerita tentang KDNK, FDI dan lain-lain indikator ekonomi. Saya ingin berlaku adil. Sewaktu COVID-19, prestasi ekonomi memang akan merosot. Namun, strategi pengurusan COVID-19 kita terlalu lemah di bawah Muhyiddin.
Berdasarkan COVID Resilience Ranking oleh Bloomberg pada Ogos 2021, daripada 53 ekonomi terbesar dunia, Malaysia berada di kedudukan terakhir dalam aspek pengurusan COVID-19.
2. Kuarantin melebihi tempoh
PKP, PKPP, PKPD, PKP 2.0 dan bermacam huruf lagi diperkenalkan Muhyiddin sewaktu beliau di anjung kuasa.
Malaysia merupakan antara negara yang menjalankan kuarantin paling lama di dunia. Malangnya, tindakan mengurung rakyat langsung tidak menurunkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia.
3. Menutup Parlimen
Demi kuasa, sesungguhnya manusia sanggup melakukan apa-apa sahaja. Begitu juga dengan Muhyiddin.
Kerakusan Muhyiddin terhadap kuasa jelas dilihat dalam tempoh 17 bulan apabila beliau sanggup menutup lapangan demokrasi terbesar negara hanya kerana takut akan undi tidak percaya.
4. Pendakwaan terpilih
Muhyiddin ialah bapa kepada katak-katak politik. Pelbagai tawaran dibuat beliau bagi membeli wakil rakyat.
Apabila tawaran tidak berkesan, mereka diugut dengan pelbagai kes. Xavier Jayakumar didakwa atas tuduhan rasuah, namun kes tersebut ditarik semula selepas beliau menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin.
5. Pakej Rangsangan Ekonomi yang lemah
Pakej Ransangan Ekonomi oleh Muhyiddin bernilai RM250 bilion tetapi hanya sekitar RM22 bilion merupakan suntikan fiskal terus daripada Kerajaan.
Sejumlah RM101 billion daripada jumlah tersebut ialah daripada simpanan rakyat di dalam KWSP. Pengeluaran khas KWSP adalah keperluan, namun sekiranya sebahagian besar daripada strategi pemulihan anda ialah memaksa rakyat menggunakan tabungan masa tua, maksudnya ia merupakan pelan pemulihan yang lemah.
Pesan saya, cermin diri anda sebelum mengata orang lain. Yang gagal itu sebenarnya Muhyiddin.

Comments
Post a Comment