10 SEBAB PH SEHARUSNYA MALU DENGAN CADANGAN BELANJAWAN 2023 MEREKA SENDIRI
Pada 28 November 2022 , Pakatan Harapan (PH) umumkan tidak akan mengemukakan bajet alternatif terhadap Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan oleh Kerajaan.
Pihak DAP pula mula menyiarkan Belanjawan Pakatan Harapan 2023 pada hari ini. Pakatan Harapan dari dahulu sememangnya konsisten untuk tidak konsisten.
Menurut Timbalan Pengerusi PKR iaitu Rafizi Ramli , “Saya tak rasa ia boleh dipanggil bajet alternatif sebab kalau bajet alternatif kita kena keluarkan satu dokumen penuh ia termasuk unjuran pendapatan, perbelanjaan dan peruntukan"
1. Memperkasa Demokrasi Malaysia
Dana Pembangunan Kawasan Pilihan Raya (CDF) Sama Rata sudahpun dilaksanakan oleh Ismail Sabri.
Dasar ini sudah pun dilaksankan oleh Ismail Sabri sejak beliau menjadi Perdana Menteri. Setiap kawasan parlimen tidak kira kerajaan ataupun pembangkang akan menerima peruntukkan yang sama.
Ketika Pakatan Harapan sendiri berkuasa selama 22 bulan pun tidak pernah laksanakan.
2. Menangani isu kos dan jaminan makanan
Mereka mencadangkan supaya Meningkatkan peruntukan bagi Subsidi Sektor Pertanian kepada RM3.5 bilion dan Berikan bantuan bulanan RM200 kepada setiap petani.
Hiprokritnya mereka adalah ketika mereka berkuasa kesemua elaun dan subsidi pertanian , petani dan pesawah ditarik balik. Kita lihat apa yang berlaku ketika mereka berkuasa.
i) Peruntukan kepada subsidi baja padi dipotong daripada RM465 juta (2018) kepada RM232.5 juta dalam bajet 2019.
ii) Peruntukan kepada Insentif Pengeluaran Padi dipotong daripada RM563 juta (2018) kepada RM281.5 juta dalam bajet 2019.
iii) Peruntukan kepada Elaun Sara Hidup Nelayan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan dipotong daripada RM262 juta (2018) kepada RM98.5 juta dalam bajet 2019.
iv) Subsidi Baja Padi Bukit/Huma dipotong 100% daripada RM70 juta (2018) kepada RM0 dalam bajet 2019.
v) Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) dipotong daripada RM12.5 juta pada 2018 kepada hanya RM3.5 juta dalam bajet 2019.
vI ) Peruntukan keseluruhan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dipotong daripada RM5.1 bilion (2018) kepada RM4.4 bilion dalam bajet 2019.
3. Menyokong Pemulihan Pasca Pandemik
Kita sudah pun berada pada fasa endemik. Dasar dan polisi lama DSIS sudah pun berjaya menghidupkan kembali ekonomi dan perniagaan sehingga mencapai 8.9% GDP pada tahun ini. Pencapaian ini adalah yang paling tinggi di seluruh ASEAN.
Banyak dasar untuk Pasca Pandemik sebelum ini sudah pun diusahakan oleh Inisiatif PENJANA atau Pelan Jana Semula Ekonomi Negara telah diperkenalkan. Kerajaan mengambil pendekatan yang terangkum dan holistik ke arah pemulihan semula ekonomi Malaysia.
Kesemua yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan untuk membantu PKS sudah pun sudah dilaksanakan oleh Semarak Niaga.
4. Merangsang Perdagangan dan Pelaburan
Ketika Pakatan Harapan berkuasa negara Malaysia digelar sebagai Prestasi Saham Terburuk Di Dunia. FDI terus menjunam.
Perdagangan Malaysia dibawah pimpinan Ismail Sabri sudah mencecah RM 2 trillion buat kali pertama dalam sejarah Malaysia.
Pelaburan asing di Malaysia dibawah DSIS juga merekodkan aliran masuk bersih RM48.1 bilion pada 2021 berbanding RM13.3 bilion pada tahun sebelumnya, manakala pelaburan di luar negeri mencatatkan RM19.7 bilion berbanding RM10.2 bilion pada 2020.
Sehingga akhir 2021, pelaburan langsung asing (FDI) terkumpul di Malaysia mencatatkan nilai yang lebih tinggi sebanyak RM788.8 bilion.
5. Pertahanan Negara
Bajet alternatif kali ini tidak ada banyak beza dengan manifesto dahulu yang sering menipua rakyat. Sebelum berkuasa janji hendak naikkan elaun tentera. Selepas berkuasa tidak dinaikan. Setelah hilang kuasa pula tiba - tiba cadangan ini muncul kembali.
Adakah kalian sudah lupa pada 24 June 2019 , Kelab Veteran Angkatan Tentera (KVTAM) Bukit Sentosa/Bukit Beruntung menuntut janji kerajaan Pakatan Harapan untuk menaikkan kadar elaun bulanan kepada bekas askar yang mengalami kecacatan kekal ketika berkhidmat?
Pengerusinya, Abdul Latiff Abdullah berkata, tuntutan tersebut dilakukan bersama semua persatuan dan KVATM di seluruh negara yang bernaung di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).
6. Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi Wilayah yang Saksama
Dalam dasar ini Pakatan Harapan mencadangkan lebih banyak peruntukkan kepada negeri Sabah dan Sarawak.
Namun begitu , Peruntukan sebanyak RM9.13 bilion sudah pun diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak dalam RMK 12 yang dibentangkan oleh DSIS.
Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang dibatalkan oleh Pakatan Harapan juga kini sudah disambungkan kembali oleh Ismail Sabri.
7. Sokongan bagi Penunggang dan Pemandu Gig
Selama 22 bulan tiada satu dasar dan polisi untuk golongan ekonomi gig di negara Malaysia.
Ismail Sabri pula hanya selepas beberapa bulan menjadi Perdana Menteri negara kita sudah memperkenalkan i-Biaya untuk beri peluang pekerja ekonomi gig miliki rumah.
i-Biaya merupakan satu dasar pembiayaan melalui Cagamas dan SJKP bersifat fleksibel tanpa perlu mengemukakan penyata gaji yang kebiasaannya menjadi syarat utama dalam proses pemilikan kediaman.
8. Memastikan Kehidupan dan Mobiliti
Pakatan Harapan merupakan kerajaan di Negeri Selangor namun gagal untuk memastikan isu perumahan rakyat di negeri tersebut.
Sebaliknya , Ismail Sabri membantu rakyat di Negeri Selangor dengan pembinaan sebanyak 14,329 buah rumah di Selangor siap dibina di bawah pelbagai program perumahan seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM).
9. Pendidikan
Pakatan Harapan yang menjanjikan untuk menghapuskan hutang PTPTN tetapi akhirnya tidak berlaku.
Ismail Sabri pula yang akhirnya memansuhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada graduan yang menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama.
10. Memperkasakan komuniti terpinggir dan rentan
BKM sudah memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion, iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan bawah BPR ( Perikatan Nasional ).
Ketika Pakatan Harapan berkuasa bantuan Bantuan Sara Hidup (BSH) mereka hanya bernilai RM 5 billion dan hanya 4.3 juta rakyat yang menerima sahaja.
Kalian bandingkan sendiri. Kesemua ini bukan belanjawan 2023 kerajaan Ismail Sabri. Kesemua ini bukanlah alternatif mahupun cadangan tetapi adalah pelaksanaan yang sudah pun berjaya dilaksanakan.

Comments
Post a Comment