6 SEKTOR MASYARAKAT INDIA TERBELA DALAM ERA KERAJAAN KELUARGA MALAYSIA
1. Pendidikan
Tambahan RM5 juta kepada RM25 juta setahun kepada Universiti AIMST, iaitu universiti swasta dimiliki MIC dan berpusat di Sungai Petani, Kedah.
RM1.1 Bilion dalam bajet 2023 bagi penyelenggaraan dan pembaikan sekolah merangkumi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan juga Sekolah Tamil .
Graduan kelas pertama pelajar berbangsa India Keluarga Malaysia tidak perlu bayar balik pinjaman PTPTN.
Pemberian khas sejumlah RM2 juta untuk pelajar dari keluarga komuniti India miskin tegar.
2. Meningkatkan Peluang Perkerjaan Masyarakat India
Sudah seramai 68,996 komuniti India telah dibantu untuk mendapat pekerjaan dalam pelbagai bidang kemahiran dan industri.
Pelbagai latihan untuk menambah kemahiran dan latihan semula yang memanfaatkan 42,544 pelatih kaum India dengan nilai latihan yang berjumlah RM77 juta.
3. Memperkasakan Martabat MITRA
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dari Kementerian Perpaduan Negara.
RM100 juta diberikan untuk tujuan pembangunan usahawan kaum India di bawah Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA).
4. Meningkatkan Keusahawan Masyarakat India
Peruntukan RM25 juta diberikan bagi Program Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI)
5. Pembentukan Jawatankuasa Khas Kabinet Pembangunan Masyarakat India
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Khas Kabinet Pembangunan Masyarakat India untuk memastikan pelaksanaan Pelan Tindakan Masyarakat India (PTMI) dapat dijalankan dengan baik dan telus.
6. Keadilan Dan Perpaduan Kaum
Konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersifat inklusif kepada semua agama dan bangsa di negara kita.
Tiga teras utama tersebut ialah Keterangkuman (inclusivity), Kebersamaan (common ground) dan Kesyukuran (contentment).
Falsafah dan ilham Keluarga Malaysia cetusan Ismail Sabri merentasi sempadan agama, bangsa serta kaum dan tiada mana - mana komuniti atau lapisan masyarakat yang akan dipinggirkan.

Comments
Post a Comment