AGENSI BENCANA KERAJAAN SUDAH SIAP SIAGA BENCANA BANJIR



Seramai 76,336 pegawai dan anggota agensi tindak balas di semua peringkat, termasuk daerah, berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), yang boleh mengakibatkan bencana banjir.


Sebanyak RM50,000 diperuntukkan kepada setiap daerah, manakala peruntukan berjumlah RM1.08 juta disalurkan kepada lapan agensi tindak balas.


Perdana Menteri Ismail Sabri yang berjiwa rakyat tidak mahu sejarah banjir lama berulang. 

Beliau mengharapkan agar mesyuarat tersebut dapat memastikan perancangan yang lebih berkesan dalam semua aspek, termasuk persiapan perpindahan, stok makanan dan pengurusan pusat pemindahan sementara (PPS).


“Kita tak nak jadi seperti dulu. Sesetengah negeri sudah bersedia, sesetengah negeri yang tak biasa hadapi banjir, tak bersedia. Jadi, akhirnya, berlaku kejadian yang telah berlaku dahulu, terutamanya di Selangor, dan sebagainya.

Kalau sebelum ini 105 (stor) naik kepada 140 dan juga kalau kita lihat PPS juga meningkat. Kalau tahun lalu kita ada 5,731 PPS, tahun ini kita sudah kenal pasti 6,010 PPS. 


Begitu juga dari segi belanjawan tahun ini ada kenaikan RM1.28 juta iaitu RM9.16 juta berbanding RM7.3 juta tahun lalu.


Dengan kerajaan negeri juga, supaya kita dapat menambah baik kebajikan mangsa di PPS, di mana sukarelawan juga meningkat. Kalau tahun lalu 7,000, tahun ini sudah hampir mencecah 10,000.


Di saat banyak pihak sibuk berteka-teki tarikh Parlimen akan dibubarkan namun Jabatan Amal Malaysia terus mengingatkan ahli-ahlinya bersiap sedia dengan kemungkinan banjir.


Ketua Pengarahnya, Hanafi Zulkapli berkata, ahli di semua peringkat diminta bersedia susulan laporan taburan hujan dan aras air sungai di peringkat bahaya bagi beberapa lokasi.


Menurutnya, selain mengingatkan ahli-ahli memastikan peralatan menyelamat dan pembersihan berada dalam keadaan baik, beliau turut meminta bilik operasi diaktifkan.


Selain itu , Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Daerah (JPBD) juga sudah bersiap sedia menghadapi banjir yang dijangka berlaku akhir tahun ini.


Mesyuarat task force akan diadakan secara berkala sehingga MTL bermula. Seramai 76,336 pegawai dan anggota agensi tindak balas di semua peringkat termasuk daerah berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya.


Semua aset berjumlah 22,622 meliputi darat, air, udara, perubatan dan lain-lain.


Dari aspek pemantauan dan amaran awal, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah bersedia dengan 1,312 buah stesen telemetri hujan dan aras air, 526 siren amaran banjir dan 1,571 tolok lurus sedia serta 184 pam bergerak.


Selain itu katanya, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM50,000 kepada setiap daerah, manakala peruntukan berjumlah RM1.08 juta disalurkan kepada lapan agensi tindak balas iaitu sebanyak RM100,000 bagi setiap agensi.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA