AMANAH TIDAK SEHALUAN DENGAN PKR DALAM MENOLAK KERJASAMA DENGAN MAHATHIR BUKTI PERPECAHAN PH



1. Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata dia berasa hairan dengan keputusan Pakatan Harapan (PH) enggan bekerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA).


2. Menurut Khalid Saman , pendirian Amanah tidak diterima atas apa jua alasan. Cadangan dan permintaan Pejuang untuk berjumpa telah ditolak.


3.  Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad telah memohon untuk bertemu PH tetapi sebilangan kepimpinan Pakatan Harapan memutuskan untuk tidak meneruskannya.


4. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata Pakatan Harapan akan menghadapi PRU 15 tanpa sebarang kerjasama dengan Mahathir mahupun GTA. 


5. Perbezaan pendapat ini dipercayai disebabkan isu lama yang berkaitan tentang soal jawatan Perdana Menteri. 


6. Penyokong PH mengambil sikap tidak mempercayai Mahathir kerana mendakwa bekas perdana menteri itu tidak jujur dalam menunaikan janjinya untuk menyerahkan jawatan itu kepada Anwar.


7. Untuk PRU kali ini pula,  kedua - dua tokoh besar iaitu Mahathir dan Anwar juga sudah mengumumkan untuk menjadi calon Perdana Menteri. 


8. Mereka tidak akan sesekali dapat bekerjasama kerana sehingga ke saat ini kedua - dua masih tergila - gilakan jawatan Perdana Menteri. Sekirannya mereka bekerjasama maka siapakah yang akan menjadi PM? 


9. Lebih daripada 20 tahun yang lalu mereka bergelut kerana jawatan PM , lebih daripada 2 tahun yang lalu mereka berpecah juga kerana jawatan PM. Hari ini mereka tidak dapat bekerjasama juga disebabkan alasan yang sama. 


10. Oleh sebab itu , sudah tiba masanya rakat menamatkan karier politik kedua - dua tokoh ini. Malaysia memerlukan pembaharuan dan nafas baharu dalam politik tanah air.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA