ANUGERAH CALON PRU 15 PALING KONTROVERSI
Semakin hari sudah semakin dekat kepada hari penamaan calon, malah sesetengah parti sudah pun memberi pengumuman calon parti mereka untuk kawasan tertentu.
Dalam kesemua calon yang sudah sah bertanding dan dikhabar akan bertanding, ada satu calon ni sebenarnya kalau lah ada anugerah calon paling kontroversi, kita boleh anugerahkan kepada dia.
Menariknya, calon ini bukan lah senior pun dalam dunia politik ini. Orang kata apa, masih MUDA. Tetapi, dalam masa yang sekejap ini, dia sudah berjaya mencipta pelbagai kontroversi hangat, layaklah dipanggil sebagai Drama Queen. Dan untuk lebih mudah, kita panggil sahaja calon ini sebagai SS.
Apa kontroversi yang dia buat sampai layak dipanggil sebegitu?
Kontroversi Pertama, isu Duit dalam akaun ASB. Untuk makluman semua, SS ini lah paling lantang bersuara nak ubah sistem politik yang kotor. Tapi alih alih dia yang main dengan duit parti dia sendiri sampai suruh simpan duit parti dalam akaun asb sendiri. Tapi mungkin niat dia baik kot, yelah simpan dalam asb, “beranak”lah sikit duit tu kan.
Kontroversi Kedua, isu duduk rumah bungalow. Kalau semua nak tahu, SS ini lah yang selalu “claim” dia paling berjiwa rakyat. Dia punya terpaling jiwa rakyat, dia sampai sekarang duduk dekat bungalow bernilai jutaan ringgit. Mungkin dia fikir bungalow tu rumah kebanyakan B40 dan M40 kot.
Kontroversi ketiga, isu tidur dengan instafamous. Ini tak nak ulas lebih, gambar pun semua dah ada. Tapi SS pun diam seribu bahasa. Sekadar nafi gitu gitu je. Mungkin dia anggap ni content tiktok dia kot.
Kontroversi keempat, isu kluster mahkamah. Kalau nak diikutkan, SS ini lah gerangan paling menentang kluster mahakamah ini untuk bertanding PRU. Tapi Tuhan kan Maha Adil, hari ini dia pula dah jadi member kluster mahkamah. Kalau dia ni anak jantan, dia takkan bertanding. Tapi kalau kenal dia, dia ni bukan anak jantan, dia cucu atuk.
Mudahnya, kalau ada calon PRU yang ada seks skandal, kalau ada calon PRU yang kluster mahkamah, kalau ada calon PRU yang dituduh main duit, SS ini adalah gabungan kesemuanya. Dan menariknya, kesemua ini tercapai dalam masa yang singkat. Tahniah!!
Demekian lah antara kontroversi SS ni yang layak untuk kita nak anugerahkan Anugerah Calong PRU 15 Paling Kontroversi. Mungkin sudah tiba masanya ada orang kena tegur sikit SS ni, kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.

Comments
Post a Comment