BAJET 2023 KELUARGA MALAYSIA ADALAH BAJET TERBAIK PERNAH DIUMUMKAN KERAJAAN
Bertemakan Memperkukuh Pemulihan, Memudah Cara Pembaharuan ke arah Kemampanan Daya Tahan Ekonomi dan Kesejahteraan Keluarga Malaysia, Belanjawan 2023 akan digubal berdasarkan tiga bidang keutamaan.
Pertamanya, memperkukuh momentum pemulihan ekonomi dengan memastikan pertumbuhan bukan sahaja dari aspek KDNK tetapi turut merangkumi aspek pekerjaan dan pendapatan untuk rakyat Malaysia dan perniagaan.
Keduanya, memperkukuh daya tahan ekonomi untuk mendepani kejutan pada masa hadapan menerusi pembaharuan ke arah mewujudkan perlindungan sosial yang lebih baik terutamanya bagi masyarakat yang mudah terjejas, sistem kesihatan awam yang lebih kukuh, kedudukan fiskal yang lebih mampan untuk menyediakan penampan terhadap kejutan masa hadapan serta pemberian subsidi dan bantuan secara lebih bersasar.
Ketiga , melaksanakan pembaharuan yang komprehensif dalam aspek ekonomi perniagaan, sektor keutamaan dan negara untuk muncul lebih berdaya saing di peringkat global di samping memperkukuh agenda pembangunan mapan.
Lebih daripada 3,000 isu dan 2,000 cadangan telah diterima daripada 242 agensi dalam Konsultasi Bajet 2023.
Oleh sebab itu , pelbagai kaedah penyelesaian yang dicadangkan untuk menanganinya sudah diperhalusi dan diteliti sewajarnya.
Antara tumpuan utama dalam Bajet 2023 adalah untuk memastikan pemulihan pasca pandemik yang akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan rakyat serta kelangsungan perniagaan.
Secara ringkasnya, Bajet 2023 akan terus menyokong pertumbuhan ekonomi dan memberi tumpuan kepada pelaksanaan pembaharuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, pendapatan, dan perlindungan sosial serta menambahbaik daya saing perniagaan dan rantaian nilai.
Bajet 2023 juga memperlihatkan komitmen kerajaan menawarkan manfaat kepada setiap lapisan Keluarga Malaysia dan merupakan terjemahan usaha kerajaan untuk kebangkitan negara, agar menjadi sebuah negara yang unggul .
Sementara itu, ahli ekonomi turut menjangkan langkah ini akan mewujudkan kesejahteraan holistik dan pembangunan inklusif bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Pada tahun ini petunjuk utama berkaitan ekonomi sebahagian besar sudah menunjukkan peningkatan luar jangkaan antaranya Indeks Pengurus Pembelian (PMI), jualan kenderaan meningkat 271.7 peratus dan jumlah eksport Malaysia meningkat 30.3 peratus kepada RM1 trilion.
Petunjuk ini jelas mencerminkan ekonomi Malaysia pada tahun ini bakal mencatat pertumbuhan luar jangkaan atau mengatasi unjuran sebelumnya iaitu 5.3 hingga 6.3 peratus.
Natijahnya , bajet 2023 adalah belanjawan terbaik yang pernah diumumkan.

Comments
Post a Comment