BAJET 2023 LEBIH AMPUH DARIPADA MANIFESTO
Seperti biasa, setiap kali pilhan raya umum, parti parti politik akan membentangkan manifesto manifesto mereka untuk menarik perhatian pengundi pengundi untuk mengundi mereka.
Tapi, berbezanya kali ini, Barisan Nasional mengambil satu langkah ke hadapan dengan mengetengahkan Bajet sebagai alternatif kepada manifesto.
Apa pula kelebihan Bajet berbanding dengan manifesto? Manifesto ini adalah sekadar janji sahaja, mereka akan menabur seribu satu kemanisan dan keindahan dengan niat hanya untuk menarik undi. Tetapi mereka tidak pernah sesekali pun menilai apakah kapasiti kewangan negara.
Atas sebab itu lah, terpacul dari mulut Tun Mahathir sendiri sebelum ini, “manifesto ini bukan kitab suci yang wajib dipatuhi”. Sebab mereka sendiri sedar yang mereka tidak mampu untuk mengotakan setiap janji manis dalam manifesto mereka.
Malah, formula formula seperti formula hapuskan tol, hapuskan PTPTN atau pendidikan percuma yang Rafizi pernah gembar gemburkan tidak pernah sekali pun cuba untuk dibuat. Malah lepas jadi kerajaan, Rafizi terus diam sepi acah bersara.
Malah lebih teruk, sewaktu pemerintahan PH, mereka hapuskan keistimewaan pengecualian bayaran balik untuk pelajar M40 dan T20. Inilah yang terjadi apabila mereka tidak pernah menilai kapasiti negara semasa. Takkan kita hendak pisang berbuah dua kali?
Dan kalau kita analisis baik baik Script, manifesto Pakatan Harapan ini, mereka terhenti sekadar apa mereka akan buat, tetapi mereka tidak menceritakan bagaimana mereka akan buat. Contohnya, mereka sekadar kata akan hapuskan tol, tetapi tidak pernah tunjuk cara hapuskan tol. Bagaimana rakyat nak percaya?
Berbeza dengan Bajet 2023, bajet sesebuah negara sudah pasti akan menilai dahulu kapasiti sesebuah negara. Malah untuk Bajet 2023, bajet tersebut telah diaudit oleh firma audit terkemuka seperti PwC, KPMG dan Ernst & Young.
Dan ketiga ketiga firma tersebut memuji keampuhan Bajet 2023 yang di mana merupakan satu mekanisme terbaik untuk menghadapi kegawatan.
Antara dasar dan polisi dalam Bajet 2023 untuk menghadapi kegawatan adalah seperti mengoptimumkan tenaga kerja Malaysia seperti menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penganggur, wanita dan OKU.
Bajet 2023 juga lebih menarik sebab bajet pada kali ini mencakupi pelbagai kelas rakyat demi menandakan Ismail Sabri sangat pro rakyat. Antara bantuan yang akan diberikan:
a. Penurunan cukai pendapatan sebanyak 2%.
b. Inisiatif e-pemula sebanyak RM100 akan dikreditkan ke ewallet M40 jika gaji bulanan mereka bawah paras RM10000
c. RM 826 juta diperuntukkan untuk Bantuan Awal Persekolahan yang ditambah baik kepada RM150 dari RM100 tanpa mengira had pendapatan.
d. Pengecualian bayaran balik PTPTN tanpa mengira kelas pendapatan. (Sebelum ini untuk B40 sahaja)
Dan istimewanya pada PRU kali ini, rakyat ada kuasa untuk mengundi bajet tahunan. Kalau selama ini, hanya ahli parlimen sahaja ada kuasa untuk mengundi bajet tahunan. Pada kali ini tidak, satu undi untuk kerajaan, adalah satu undi untuk Bajet 2023.
Buat pengundi di luar sana, ya benar, undi itu adalah hak anda, tapi yang kita perlu sedar, setiap undi itu memberi kesan kepada orang lain juga. Bajet 2023 sudah terbukti terbaik untuk mendepani cabaran ekonomi mendatang. Jangan buang undi anda semata ditaburi janji palsu. Pilihan terbaik sudah di depan mata, apa tunggu lagi?? Undilah kerajaan agar Bajet 2023 dapat terlaksana.

Comments
Post a Comment