BELANG SEBENAR PN BUKTI ISMAIL SABRI BUKAN PENGKHIANAT UMNO



1. Serangan peribadi dan kutukan dikeluarkan BERSATU dalam kempen mereka. Biasalah, disebabkan tidak ada kebaikan diri sendiri untuk dicerita, keburukan orang lain lebih mudah untuk dijaja.


2. Mahiadin dengan yakin melaung "Dato' Seri Ismail Sabri lemah," walhal lupa cermin diri, siapa yang gantung parlimen dengan isytihar darurat? Siapa yang mencipta sejarah Pejabat Perdana Menteri dengan keluar kenyataan rasmi cirit birit?


3. Siapa pula yang membuka semula ekonomi? Yang mengeluarkan Malaysia dari krisis ekonomi dan kesihatan pasca COVID-19? - Perdana Menteri dari UMNO (Ismail Sabri).


4. Begitu jijik PN berani mendedahkan, ada perjanjian belakang jika UMNO jadi PM. Katanya "deal of the century". Mahu PAS dan BERSATU sama 'dihormati'. 


5. Rupanya 'dihormati' dengan pengisian jawatan (menteri, senator), peruntukan kewangan, malah mahu jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri! Begitu rosak akhlak dan kompas Tan Sri Muhyiddin yang dahulu juga kantoi dengan SCHEME OF THINGS.


6. Alhamdulillah, kebenaran akhirnya terserlah. Tuhan tunjukkan bukti satu persatu, TIDAK ADA satu pun permintaan dari Muhyiddin yang dipenuhi Ismail Sabri. Bermaksud - ISMAIL SABRI BUKAN TALI BARUT PN.


7. Kepentingan UMNO dan pertimbangan parti dan negara adalah lebih penting dari kemahuan Muhyiddin. Itulah sebab pemimpin BERSATU memang berbulu dengan Ismail Sabri dan UMNO.


8. Paling jelas, jawatan Timbalan Perdana Menteri, bukan setakat Pak Mail tak beri pada BERSATU. Jawatan tersebut sampai bubar Parlimen pun tak wujud. Sebab tak perlu, dan akan keruhkan imbangan kuasa antara parti komponen kerajaan saja kalau ada. Pastilah ada yang tak berpuas hati. 


9. Muhyiddin sendiri mengaku Ismail Sabri tak tunduk pada BERSATU. Siap tanya hukum pada ustaz, apa hukuman tak penuhi janji kepada mereka yang tamak wang dan kuasa pula. Muhyiddin bukan setakat pengkhianat kepada UMNO. Malah kepada rakyat.


10. Sekarang perlu disoal hukum juga pada Muhyiddin. Apa hukum di saat rakyat memerlukan pemimpin untuk berjuang dalam kemelut ekonomi, datang orang yang nak guna jawatan PM demi kepentingan diri dan kroni? Apa hukum perjanjian belakang yang mahu jawatan dan wang?


"Alhamdulillah, I'm the Prime Minister of Malaysia!", sujud syukur si tamak haloba selepas Langkah Sheraton. Rupanya sujud banyak makna.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA