BUBAR PARLIMEN DEMI KESTABILAN
Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah bersetuju untuk membubarkan parlimen dalam masa yang terdekat dan PRU akan diadakan pada tahun ini.
Kenapa pembubaran pada masa yang terdekat ini perlu? Keputusan ini bukan disebabkan banjir atau tidak, Ini kerana kerajaan yang terbentuk sekarang adalah kerajaan yang terbina daripada konsesus dan perjanjian bersama antara UMNO, PPBM dan PAS.
Oleh itu, kalau sudah ada satu pihak dalam perjanjian itu sudah menyatakan secara terang terangan akan bermusuh dengan pihak lain, ini sama sekali akan memburuk keadaan.
Presiden PPBM, Muhyiddin Yasin, sewaktu berucap pada Sambutan Tahun Ke-6 Bersatu telah mengatakan "Jadi kita dalam PN sudah ada kesepakatan, antara perkara disepakati ialah saya nak sebut di sini bahawa musuh utama kita adalah BN.”
Malah gerakan “cari pasal” dari PPBM ini sudah bermula apabila Bersatu meminta jawatan TPM dari Ismail Sabri walaupun mereka sudah ada dua menteri kanan daripada empat menteri kanan. UMNO dan GPS masing masing hanya ada satu.
Kerajaan tidak akan mampu untuk bergerak secara harmoni jika komponen komponen didalamnya sudah tidak sehaluan. Apatah lagi kalau komponen yang terang terang bermusuhan itu memegang jawatan dalam kementerian utama.
Bagi saya UMNO tidak gila kuasa dan tidak sesuai dituduh gila kuasa, apa logiknya kalau seseorang itu gila kuasa kalau orang itu yang sendiri komited hendak lepas kuasa.
Kalau gila kuasa, UMNO akan pegang semua jawatan sampai dalam kerajaan hingga habis penggal. Dah habis penggal pun tak nak bubar parlimen sebab masih nak pegang kuasa. Ya itu baru gila kuasa!!
Natijahnya, kenapa kita perlu PRU secepat mungkin. Kerana pergerakan kerajaan tidak akan lancar dengan wujud tentangan dari dalaman sebegini. Kerajaan yang stabil diperlukan untuk menyediakan Malaysia menghadapi krisis krisis mendatang.

Comments
Post a Comment