BUBAR PARLIMEN : ISMAIL SABRI BERJIWA BESAR



Ismail Sabri adalah Perdana Menteri paling berjiwa besar pernah kita miliki. Beliau memegang pundak kuasa ketika Negara ditimpa pelbagai "bencana"; politik yang kalut, ekonomi yang susut dan serangan pandemik maut. Tidak ada dalam sejarah Malaysia, seorang Perdana Menteri diuji sehebat Ismail Sabri. 


Dan, 10 Oktober, Ismail Sabri 'melepaskan' pundak kuasa beliau bagi mengembalikan mandat kepada Keluarga Malaysia. Beliau boleh sahaja terus memerintah kerana itulah kuasa dan hak yang beliau ada sebagai Perdana Menteri. Namun, jiwa besar beliau adalah untuk Malaysia yang stabil dan makmur. 


Tun M dalam aksi 'drama persaraan' ketika PAU2002, pun ambil masa lebih setahun selepas itu pada Oktober 2003 untuk serahkan kepada Tun Pak Lah. Itupun setelah disindir "binatang sahaja yang tak tahu tunai janji" oleh ahli UMNO, barulah beliau berundur. 


Kemudian, Tun Pak Lah pula, PRU2008 kali pertama dalam sejarah BN hilang majoriti dua pertiga. Walau sudah dimalukan,  masih juga mahu bertahan sebagai Perdana Menteri sehinggalah didesak begitu dasyat, akhirnya berundur juga. 


Beri pula pada Datuk Seri Najib Razak. Ini lagi malapetaka. Skandal mega 1MDB dibongkar, "Cash is King" jadi taruhan, akhirnya bawa UMNO BN tumpas di PRU. Itupun Najib Razak ambil masa untuk "mengaku kalah" dan akur jawatan PMnya lesap. 


Datang kembali Tun M. Sanggup kesejukan di usia emas di Istana Negara,asalkan angkat sumpah jadi PM kembali. Dah jadi PM, rupa-rupanya "prank" sahaja transisi kuasa yang dijanjikan. Sudahnya, letak jawatan begitu sahaja. Bawa negara ke kancah ketidakstabilan politik paling haru! Dialah punca! 


Mahiadin Yasin pun apa kurangnya. Lagi kemaruk dan sayangkan jawatannya. Bukan sahaja rakyat dikurungnya, malahan Parlimen dikuncinya asalkan beliau PM. Dah hilang kuasapun, kemaruk minta jadi Menteri Mentor setaraf Perdana Menteri. 


Tetapi tidak Ismail Sabri. Walau penggalnya masih berbaki sehingga Julai 2023, beliau percaya kepada Mandat Rakyat, beliau serahkan kuasanya kembali kepada Keluarga Malaysia. Ismail Sabri percaya Mandat Rakyat inilah ubat dan penawar paling mujarab agar Malaysia kembali ke landasan; stabil dan makmur. Beliaulah berjiwa besar, berjiwa Keluarga Malaysia!

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA