BURSA SAHAM MELONJAK ; FAKTOR ISMAIL SABRI
Sebelum ini, Pembangkang menjaja bahawa ekonomi Malaysia kononnya suram dan muram. Tetapi ternyata silap sama sekali. Hari ini menjadi saksi bursa saham Malaysia melonjak secara drastik +22.62.
Keyakinan pelabur jelas meningkat selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi janji bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai calon Perdana Menteri dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ahmad Zahid mengulangi penegasan tersebut ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Bahagian Bagan Datuk pada 16 Oktober lalu. Momentum tersebut dijangka terus meningkat dengan didorong oleh pelbagai faktor.
Bursa Malaysia jatuh di bawah 1,300 mata pada 22 September lalu disebabkan pelbagai faktor khususnya ketidaktentuan politik dan kebimbingan kemelesetan ekonomi global pada tahun depan.
Penegasan Presiden UMNO ini memberikan jaminan politik pada masa akan datang khususnya selepas PRU-15, Barisan Nasional tampil jelas dengan hala tuju pentadbiran dan memberi jaminan tidak ada risiko kekacauan politik.
Salah satu faktor utama ialah peningkatan prestasi Bursa Malaysia ialah keyakinan pelabur terhadap kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Perdana Menteri yang membawa kestabilan kepada negara ini.
Mereka turut yakin dengan pengalaman yang dimiliki oleh pimpinan Barisan Nasional (BN) mampu membawa kestabilan dan kemakmuran kepada Malaysia.
Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, dagangan dalam pasaran tempatan adalah optimistik dengan berhati-hati, memandangkan peningkatan dalam sentimen pasaran serantau tetapi pelabur harus kekal berwaspada berikutan ketidaktentuan pasaran yang semakin meningkat.
“Kami percaya KLCI akan meneruskan aliran menaiknya kerana penilaian kekal murah, dan meningkatkan sasaran kami untuk minggu ini kepada julat 1,400 hingga 1,430." "Rintangan serta-merta dikesan pada 1,430, manakala sokongan pada 1,400,” katanya kepada Bernama.
Berita kenaikkan pastinya menggembirakan pemain ekonomi tempatan dan antarabangsa terhadap prestasi ekonomi Malaysia.
Ismail Sabri dijangka bakal membawa Malaysia kembali menjadi Harimau Asia.

Comments
Post a Comment