CHECK AND BALANCE SUDAH TIDAK RELEVAN



Konsep "check and balance" dililhamkan di Eropah dalam sistem demokrasi mereka. Tujuan asalnya bagi mengimbangi kuasa pemerintah dan Pembangkang.


Namun, jika kita analisis budaya politik di Barat : kerajaan dan Pembangkang bertindak secara matang. Pembangkang tidak membangkang semberono atau membabi-buta. Pembangkang tidak bererti membangkang, mana polisi kerajaan yang berkesan akan dipersetujui bersama.


Misalnya parti Demokrat dan Republikan di US sering bertukar-tukar menjadi kerajaan secara matang dan tanpa dendam. 


Apa yang berlaku di Malaysia adalah sebaliknya. Pembangkang kerjanya seolah membangkang semata. Yang baik pun mereka bangkang. Ini sebenarnya merugikan rakyat.


Sedangkan rakyat yang mengundi parti Pembangkang. Tetapi tindakan Pembangkang di Malaysia tidak menguntungkan rakyat. Sebab itu konsep "semak dan imbang" ini harus di semak oleh rakyat sendiri.


Tiada siapa yang mahu bela kita, melainkan kita sendiri. Kita sering undi silang ; sama ada Parlimen kita undi Kerajaan, DUN kita undi Pembangkang atau sebaliknya. Ini akan menyebabkan yang menang, tak menang semua, yang kalah tidak kalah semua. 


Namun, apa impaknya pada kita sebagai rakyat :


a) Dewan Rakyat tidak peroleh 2/3 akan menyebabkan polisi besar tidak dapat dilaksanakan untuk rakyat


b) Lompat Parti untuk membentuk kerajaan (Akti Anti Lompat Parti belum dilaksanakan di peringkat negeri)


c) Ketidakseragaman dasar  antara Persekutuan dan Negeri - misalnya SOP Covid - 19 antara Negeri Selangor dan Persekutuan berbeza. Begitu juga konflik pengurusan banjir di Selangor


d) Hilang keyakinan pelabur yang akan menyebabkan kurang peluang pekerjaan kepada rakyat


Kita melihat selama kita memberi undi kepada Pembangkang sekadar memberi mereka kuasa memekik-melolong dalam Parlimen yang tidak ubah seperti zoo-manusiawi.


Apa faedahnya kepada rakyat? Sebab itu, kali ini peluang kita sekali dalam 5 tahun, kita harus memberi sokongan total kepada satu parti yang kuat seperti tahun 2004 dengan skor 198/222 Parlimen.


BN ketika krisis pada tahun 2018 skor terendah mereka adalah sebanyak 79. Namun masih kerusi tertinggi berbanding parti lain. Dalam PRU 15 ini krisis 1 MDB telah berjaya di tamatkan, pencapaian di Melaka dan Johor juga BN menang besar. Maka kita sebagai rakyat harus bijak memihak kepada parti yang memberi untung kepada kita. 


Apa pun rakyat meramalkan PRU 15, ada simboliknya tersendiri. Digit 15 dirubah kepada aksara akan menjadi IS. IS inilah simbolik untuk Ismail Sabri.


Kita berdoalah kepada Allah agar Malaysia dipimpin oleh  insan yang baik.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA