CITA-CITA POLITIK ANWAR BAKAL BERKUBUR DI TAMBUN



1. Orang terdesak biasanya akan terlalu mudah menabur janji. Malam tadi, Anwar Ibrahim janji mahu potong gaji menteri jika beliau menjadi PM. Tetapi MB sedia ada di negeri PH tidak pun dipotong gaji.


2. Ini bukan kali pertama satu dunia dengar, "Jika saya Perdana Menteri,". Kalau nak sebut kalau, netizen sudah arif jawapannya, B*b* pun boleh terbang.


3. Laluan untuk Anwar menang Parlimen kali ini begitu angkuh. PKR sudah umumkan, 'watak penting' mereka "akan langgar kerusi-kerusi besar,". 


4. Mari kita semak matematik asas Tambun PRU lalu. Kerusi yang dimenangi Faizal Azumu di bawah tiket PKR menang 38 ribu undi. BN-PAS pula tewas dengan undi terbahagi dua sebanyak 48 ribu. (Jika digabungkan, benam PKR 10 ribu majoriti)


5. Apakah outcome yang boleh dijangkakan? Benarkah Anwar boleh 'mengajar' Peja yang lompat keluar parti?


6. Tambun tak akan beri laluan mudah kepada PKR. Pertembungan sekurang-kurangnya empat penjuru (BN, PN, PKR, BEBAS) akan menyulitkan Anwar Ibrahim untuk menarik lebih banyak undi. 


7. Undi popular di Tambun bukan untuk PKR, dengan munculnya BN sebagai wajah baru kerajaan, sentimen masyarakat, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengembalikan kuasa kepada BN. 


8. Perlu ingat, sebelum itu, selama lima penggal (sejak 1995) BN berkhidmat di Tambun bersama Ahmad Husni Hanadzlah. Sentimen rakyat terhadap jasa BN masih berakar di Tambun. Jangan ingat sekali pernah jatuh, BN tidak bangkit kembali.


9. Si Katak Peja juga pastilah tak duduk diam. Mana mungkin Katak Parti boleh biar Tupai Parlimen bebas melompat merentas negeri. 


10. Anwar Ibrahim terlalu angkuh, lompatan tupai kali ini bukan setakat jatuh ke bumi, ia akan jatuh ke dalam kuburan yang memadamkan mimpi calon terlama Perdana Menteri.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA