CUKUP-CUKUPLAH ANWAR IBRAHIM


PH sudah pernah diberi peluang untuk mentadbir negara. Isteri kepada Anwar Ibrahim sendiri sudah naik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tetapi disebabkan masalah mereka sendiri, janji untuk Anwar Ibrahim menggantikan Tun M sebagai Perdana Menteri tidak dilunaskan.

Maka berpanjanganlah sentimen "Anwar Ibrahim belum pernah kita cuba jadi PM, beri peluang!" Perjuangan dan sokongan kepada PH begitu ganjil.

1. Sudah 14 tahun sejak PRK Permatang Pauh 2008, misi mereka cuma mahu menjadikan Anwar Perdana Menteri. Sampai isteri sendiri letak jawatan, beri laluan kepada Anwar untuk bertanding, supaya semakin dekat dengan gawang menjadi PM. Tambah kos pilihanraya, semata-mata mahu beri laluan kepada Anwar untuk semakin dekat dengan matlamat posisi PM.

2. Keluar penjara kali kedua, Port Dickson pula letak jawatan, beri lagi laluan kepada DSAI untuk bertanding parlimen. Semata-mata mahu beri laluan kepada Anwar untuk semakin dekat dengan matlamat posisi PM.

3. Menunggang kemenangan PRU-14, Anwar dapat pengampunan penuh YDPA hasil komplot, dan rayuan PH. Supaya Anwar bebas. Semata-mata mahu beri laluan kepada Anwar untuk semakin dekat dengan matlamat posisi PM.

4. Selepas PRU-14, Anwar terang-terangan umumkan untuk Azizah bertahan jawatan TPM, sehingga Anwar jadi PM. Sekali lagi PKR mencatur pergerakan suami isteri di pejabat nombor satu negara. Semata-mata mahu beri laluan kepada Anwar untuk semakin dekat dengan matlamat posisi PM.

5. 19 tahun sejak penubuhan PKR. Hasrat parti ini hanya mahu menjadikan Anwar Ibrahim Perdana Menteri. Ketika di dalam UMNO juga, Anwar menentang pimpinan atasan UMNO untuk hasrat yang sama.

6. PKR/PH tidak pernah berselindung, mahukan Anwar jadi PM. Selamanya perjuangan mereka adalah untuk Anwar menjadi PM.

Tetapi bila sampai setiap kali pilihanraya, yang dijual adalah nama rakyat. Cukuplah Dato' Seri sama seri dengan Sang Isteri, sama-sama pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tidur sahajalah sebantal walaupun mimpi lain-lain.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA