DAP CHARLES SANTIAGO MENGHINA & DERHAKA KEPADA YDPA DALAM ISU SAMAN PEMBUBARAN PARLIMEN



Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin sudah berkata  Perdana Menteri mengemukakan sembah permintaan beliau untuk perkenan baginda bagi pembubaran Parlimen ke-14 berkuat kuasa. 


"Selepas memperhalusi permintaan itu, selaras dengan kuasa-kuasa baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong seperti mana termaktub di bawah Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan memperkenankan permintaan Perdana Menteri bagi pembubaran Parlimen ke-14" 


"Selepas memperhalusi permintaan itu, selaras dengan kuasa-kuasa baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong seperti mana termaktub di bawah Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan memperkenankan permintaan Perdana Menteri bagi pembubaran Parlimen ke-14" 


Baginda bertitah supaya Seri Paduka Baginda berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam tempoh masa terdekat dengan mengambil kira Monsun Timur Laut yang diramal bermula pertengahan November ini.


Bilakah Parlimen boleh bubar?


Pembubaran Dewan Rakyat di negara kita boleh berlaku dalam tiga keadaan:


i. Apabila tamat tempuh 5 tahun - iaitu apabila umur Parlimen mencapai lima tahun mengikut Perkara 55(3) Perlembagaan Persekutuan.


ii. Apabila Yang di-Pertuan Agong memperkenan pembubaran Parlimen jika Perdana Menteri yang percaya dirinya telah hilang kepercayaan majoriti ahli Parlimen dan membuat permintaan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.


iii. Apabila Yang di-Pertuan Agong memperkenan pembubaran Parlimen jika terdapat permintaan bagi tujuan tersebut. Pada amalan negara kita, keadaan ketiga ini berlaku apabila Perdana Menteri membuat permintaan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi pembubaraan Parlimen untuk mendapatkan mandat pengundi, iaitu bagi tujuan mengadakan PRU.


Adakah perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi pembubaran Parlimen adalah atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri atau atas kuasa budi bicara baginda? 


Dalam hal ini, tiada peruntukan khusus yang menyatakan tentang kedudukan “nasihat” Jemaah Menteri atau nasihat Perdana Menteri bagi urusan pembubaran Parlimen. 


Mereka yang berhujah menyatakan bahawa ia adalah kuasa yang perlu dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Jemaah Menteri atau Perdana Menteri merujuk kepada Perkara 40(1) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.


Kita tidak boleh mengambil pendekatan tafsiran ini. Kita perlu lebih cenderung untuk menyatakan bahawa perkenan membubarkan Parlimen adalah kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong.


Laporan Suruhanjaya Perlembagaan (atau dikenali sebagai Suruhanjaya Reid) juga boleh dijadikan hujah untuk menyatakan bahawa perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi pembubaran Parlimen adaah kuasa budi bicara baginda.


Keputusan kes Datuk Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin v. Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir;Attorney General (Intervener) [2010] 2 CLJ 925 pada halaman 944-945 juga adalah hujah untuk menyatakan bahawa perkenan Yang di-Pertuan Agong adalah kuasa budi bicara baginda.


Keputusan kes ini mungkin boleh dianggap sebagai lamdmark decision dalam hal budi bicara raja yang sedang kita bincangkan. 


Oleh sebab itu , DAP Charles Santiago tiada hak untuk menyaman Ismail Sabri dalam isu pembubaran parlimen. Lebih - lebih lagi YDPA sudah perkenankan dan meminta PRU 15 dipercepatkan.

 

Kesemua ini adalah hak dan budi bicara YDPA.  


Adakah DAP hendak derhaka kepada YPDA? Adakah DAP hendak mempertikaikan titah dan keputusan baginda?


Natijahnya , Rakyat kena undi BN supaya keadaulatan Insituti Raja Berpelembagaan terus terjamin. 


Kita tidak mahu kejadian sejarah ICERD berulang. Belum lagi PRU DAP Sudah tunjuk belang mempertikaikan titah YDPA . Bayangkan jika undi mereka dan berkuasa kembali ? 


Pilihlah Kestabilan Dan Kemakmuran !!

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA