DAP HIPOKRIT DALAM ISU PEMBUBARAN DUN



Parti DAP sememangnya merupakan sebuah parti politik yang tidak boleh dipercayai. Mereka akan terus menipu rakyat demi mencapai matlamat politik mereka. 


Mereka menghantar pemimpin mereka untuk menyaman Perdana Menteri Ismail Sabri dalam isu pembubaran parlimen. Mereka juga sering menggunakan banjir sebagai alasan mereka untuk tidak mahukan PRU. 


Namun begitu , semasa PRN Sabah ketika negara berhadapan dengan wabak dan pandemik yang paling teruk dalam sejarah negara maka mengapa pula mereka bubarkan pada ketika itu? 


Adakah DAP Charles Santiago menyaman Shafie Apdal dan Pakatan Harapan kerana menyebabkan begitu banyak kematian rakyat Malaysia dalam isu tersebut? 


Dalam isu pembuburan DUN pula Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkata pilihan raya negeri perlu diadakan serentak dengan pilihan raya umum kerana yakin boleh menang. 


Keadaan ini hanya menandakan pembubaran parlimen dan DUN selama ini tiada kaitan dengan banjir , bencana dan pelbagai lagi alasan yang dilontarkan oleh mereka. Segala - galanya hanya demi nafsu kuasa mereka sama ada untuk mempertahankan ataupun merampas kuasa. 


Jika demi kuasa mereka juga sanggup buat PRN ketika pandemik sedang menyerang seluruh negara. 


Demi kuasa juga mereka takut untuk buat PRU dan menjadikan banjir sebagai alasan. 


Kini demi kuasa pula mereka sanggup mempertimbangkan untuk membubarkan DUN di negeri Pulau Pinang hanya kerana mereka yakin menang di sana. 


Begitu juga dengan Pakatan Harapan di negeri Selangor demi kuasa sanggup menipu dan memanipulasi titah Sultan Selangor dalam isu pembubaran DUN. 


Jika benar - benar mereka fikirkan demi rakyat maka kesemua negeri Pakatan Harapan seharusnya dibuat secara serentak. Hal ini disebabkan , rakyat tidak perlu terbeban untuk keluar mengundi untuk parlimen dan negeri dalam jangka masa yang berbeza. 


Keadaan ini juga akan menelan kos perbelanjaan yang jauh lebih tinggi. 


Oleh sebab itu , segala hujah dan tohmahan mereka sebelum ini seperti Banjir dan Deepavali hanya serangan politik semata - mata. 


Jika tidak maka DAP Pulau Pinang tidak akan sesekali mendesak Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk mempertimbangkan mereka buat PRN serentak dengan PRU. Bukankah jika buat serentak maka juga ibaratkan meludah ke langit, muka juga yang basah ?

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA