DSIS PM 10 : SOKONGAN UMNO BAHAGIAN SELURUH NEGARA BUKTI TIADA PERPECAHAN DALAM UMNO



Majoriti kepimpinan UMNO bahagian seluruh meluluskan usul menyokong penuh Ismail Sabri untuk terus menerajui kepemimpinan negara sebagai Perdana Menteri.


Situasi ini membuktikan bahawa dakwaaan pembangkang selama ini kononnya UMNO berpecah dan ada calon PM lain selain Ismail Sabri adalah palsu dan tidak boleh dipercayai. 


Segala pembentangan usul setiap bahagian dan negeri seluruh Malaysia untuk mengekalkan DSIS sebagai PM 10 membuktikan tiada kem dalam UMNO.


Ini menunjukkan UMNO atau BN merupakan perikatan yang matang dan mementingkan perjuangan BN daripada kepentingan individu.


Ismail Sabri sebagai calon PM 10 akan membolehkan BN menjadi lebih utuh dalam menghadapi PRU15 dengan lebih strategik dan berkeyakinan.


Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Razlan Rafii berkata, Umno tidak berganjak daripada keputusan yang telah dibuat pada perhimpunan agungnya tahun lalu.


Malah, katanya, ketetapan tersebut dibuat tanpa sebarang perjanjian antara Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Sabri selaku perdana menteri sementara.


"Ia tak ada perjanjian, sebab yang saya tahu dan yang kita dah putuskan, perdana menteri akan terus jadi perdana menteri seperti yang kita umumkan pada tahun lepas.


"Kita cakap dalam Perhimpunan Agung Umno bahawa Ismail Sabri akan terus menjadi poster boy dan Datuk Seri Ahmad Zahid akan menjaga parti.


"Jadi, itulah perkara yang kita perlu lakukan untuk kita melihat kepada pembahagian kuasa," katanya dalam temubual bersama Malaysiakini di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


"Saya rasa (soal pembahagian kuasa) banyak dilakukan negara-negara luar pun. Kalau kita tengok negara seperti Indonesia atau di India, tak semestinya presiden parti itu akan menjadi perdana menteri dan sudah tiba masanya untuk kita melihat kepada perkara itu"


Kenyataan terbaharu MKT UMNO sah menunjukkan bahawa Presiden UMNO dan Perdana Menteri bergerak seiring untuk berhadapan dengan musuh sebenar di media PRU. 


Ini membuktikan perpaduan Umno hari ini amat baik sekali. Kalau ada yang kata ada Kluster Putrajaya dan Kluster PWTC maka itu tidak benar kerana apa yang kita ada sekarang perpaduan UMNO. 


Kini hanya ada Kluster UMNO-BN !


Oleh sebab itu , rakyat tidak seharusnya sesekali terhasut dengan hasutan pihak musuh untuk melemahkan kita.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA